Isnin, 15 Jun 2009

Perbicaraan Mawi World??? Y?Y?Y?

Perbicaraan saman Mawi World pada November depan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 November bagi perbicaraan saman RM1 juta yang dikemukakan oleh syarikat minuman Yassa Sdn Bhd terhadap Mawi World Sdn Bhd bagi pelanggaran hak hartaintelek. Tarikh itu ditetapkan di dalam kamar oleh Timbalan Pendaftar Che Wan ZaidiWan Ibrahim semasa pengurusan kes itu.

"Saman itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Abang Iskandar
Abang Hashim," kata peguam yang mewakili Yassa, Nasrul Hadi Mat Saad kepadapemberita di luar mahkamah.Pada 31 Oktober, 2006, Yassa melalui peguamnya Tetuan Abdul Aziz & Associates, memfailkan saman mendakwa Mawi World melanggar hak harta intelek dengan memasarkan air galian di bawah jenama "Mawi World", menggunakan kandungan maklumat milik syarikat itu seperti lesen pengeluaran minuman air mineral dan alamat kilang minuman pada botol minuman itu tanpa memperoleh kebenaran syarikat itu.

Ia juga mendakwa botol minuman air galian yang menggunakan gambar penyanyiMawi atau Asmawi Ani, 29, mengandungi maklumat mengenai sumber dan kandungan yang sama dengan air mineral Streamline keluaran Yassa.Pada 14 Februari tahun lalu, Penolong Pendaftar Kanan Noorasyikin Sahat menolak permohonan Mawi World untuk menggugurkan saman itu dengan kos.Mawi World merayu terhadap keputusan itu, tetapi ia juga ditolak olehmahkamah pada 18 Jun tahun lalu.Mawi World diwakili peguam Juliana Mohamad.
- Bernama