Memaparkan catatan dengan label Cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerpen. Papar semua catatan

Rabu, 14 September 2011

Kesulitan

Ini Bukan Budaya Kita


Tetapi Dia Juga Ingin Melaluinya...

Fitrah Manusia...

Ahad, 9 Ogos 2009

Duda Dan Janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .

Suatu hari..di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda... Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... "... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."... Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ... Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko... ko sudi tk?.."... Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... "... Setelah berborak seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tue... memori pendek sket... Setelah berfikir sejenak... si duda tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...

"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua mudah lupa... ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."... Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat ko telepon aku ..Pak Uda... "... si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya... "Kenapa... "... Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

Sandwish

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanansegera untuk memesan minuman ringan.

setelah pesanan sampai,mereka masing2 keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.

pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terusmenuju ke arah mereka dan seraya berkata,

“Maaf en, anda tidakdibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!”..

maka dua orgsahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mulamenukar sandwich memasing…

Lif

ketika saya baru masuk ke lift,
sorang wanita masukdan menekan butang 2 dan kemudian butang 4,

manakala sayalak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18.

lift pun naik ladan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar.

kemudian liftberhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar jugadan lift pun mula naik.

maka bertanyalah saya pd wanita tue,

“akak(sbbnampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik..”

“ooo.. saya nak ke tingkat 24″, jawabnya selamba..”

tp td akak tekanbutang 2 dan 4″ tanya saya lagi tak puas ati..

“astaga!!! nilahakibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator”sambil menggarukepala…

Helikopter

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbangberserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas.

Juruterbang ituterselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu.

Apabila sedardari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,

”Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkansiasatan kami.”

“Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 metertiba-tiba saya terasa sejuk sangat.

Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu….”

Tembikai

Seorang makcik nak beli tembikai merah,

penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah,

tetapi bila tembikaitersebut berada di tangan makcik,

tiba-tiba ianya terlepas,
jatuhdan berwarna sedikit keputihan,
takut di panggil penipu,
sipenjual pun berkata,
”Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih.
”Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Hujan

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita,

jalan tidakberapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan,

tiba-tibakereta itu emergency brake,
aku sondol belakang keretanya.

Akuturun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhentimengejut,

tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalamgaraj kereta rumahnya.

Jom Senyum Sikit

Terjadi pada satu hari, sepasang suami isteri ni berselisih faham dan tidak bertegur siapa.

Si Suami ni nak bangun pagi pada esoknya.

Tapi tak tau macam mana nak bagitau Si Isteri supaya kejutkan dia.

Akhirnya Si Suami mendapat satu idea yang bernas!

Dia menulis satu nota ringkas kepada isterinya yang berbunyi;

"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya Si Suami ni terlewat bangun.

Dia nak marah pun ada, nak ketawa pun ada kat isterinya.

Nak tahu kenapa????

Si Suami ni terjumpa satu nota;

"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI!"

Ucapkan Selagi Ada

Sepasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya.

Gadis : Perlahankanlah sikit moto nie..saya takut la..

Si Lelaki : Tak nak..bawak laju-laju macam nie ler seronok..

Gadis : Tak..tak seronok pun..tolonglah..saya takut sangat nie..

Si Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motosikal nie..awak kena kata awak cintakan saya dulu..

Gadis : Ok. Saya cintakan awak !

Si Lelaki : Ok..sekarang peluk saya kuat-kuat.*

Si Gadis Memeluk Lelaki tadi dengan erat *

Si Lelaki : Awak..boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya tak??

Kemudian pakaikan kat awak..Saya rasa tak selesa lah..

*************************************************

Dalam surat khabar keesokkan harinya :Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek.Dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan hanya satu daripada mereka terselamat.

*************************************************

Moral :Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si Lelaki telah mendapati yang brek motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu.

Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan " Saya cintakan awak" dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya, dia juga memberikan topi keladernya kepada Si Gadis mengharapkan kekasihnya itu selamat..walaupun itu bereti dia akan terkorban.

Jadi sekiranya anda ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda cintakannya.Semoga kita masih punya waktu untuk mengucapkannya.

Selasa, 28 Julai 2009

Melalui Kawasan Perkuburan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu.

Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.
Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??
"Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

Pengantin Dan Makanannya

Kamil merupakan pengantin baru yg baru sahaja melangsungkan perkahwinandengan gadis pilihan hatinya. Pada hari berlangsungnya majlis kendurikahwin, habis dibedalnye semua makanan pengantin bak org kebulor 10 hari tak makan. Tak dikiranya mak mertua ke sedara mara ke. yang penting diadapat merasai kesemua makanan pengantin yang khas di buat untuk rajasehari. "Bila lagik aku dapat merasa makanan punya sedap ni.kalau aku malualamatnye lapor ler" bisik hati kecilnya.

Tiba malam selepas selesainya majlis kendara tu, perut si kamil niememulas-mulas. Sampai kentut-kentut dibuatnya. Sakit perutnya di bawaksampai keesokan harinya. Pagi tu mak mertua kesayangannya telah menyediakan sarapan pagi untukmereka sekeluarga.

Keluarlah kamil dari biliknya hanya memakai kainpelikat supaya senang nak ke jamban kalau terdesak.Sambil duduk bersebelahan isteri tercintanya di kelilingi oleh mak mertua, bapak mertua dan dua org adik isterinya kamil menjamah sarapan pagi tu.

Tiba-tiba perut si kamil buat hal lagik. Nak ke bilik air rasa seganlak, lalu dia pun melepas angin kentut se'slow' yg mungkin dan kebetulan ade seekor kucing bernama cemong di bwh meja makan itu. Mak mertua nye pun bersuara " cemong!" Fuh lega sungguh hati si kamil kerana si cemong yg menjadi mangsa mak mertuanya.

Sekali lagi perut kamil memulas-mulas lalu dilepaskan gas se slow seperti yang pertama tadi. "Cemong!" teriak mak mertuanya sekali lagi kepada si cemong. Lega hati si kamil.

Sambil dok menghayati hidangan pagi tu, Kamil sekali lagi buathal.dek kerana sebelum nie dah dua kali dilepaskan gas, dan mangsanya si cemong, kamil dengan selamba buat dek melepaskan gas dengan sekalihembusan.

Kali ini mak mertuanya berteriak " Cemong, beralih ko dari situ, kang diberaknye pulak kat ko". Alangkah malunye si kamil mendengar ulasan dari mak mertua kesayangannye itu. ape lagik merah padam la muke si kamil lalu terus dia menuju ke bilik kerana 2 sebab.

Pertama, malu sebab mak mertua sindir.
Kedua, dia dah takleh tahan untuk melepaskan niatnya itu."Menyesal aku bedal sume makanan pengantin semalam" ujarnya sambil dok termenong dalam jamban .

Orang Gaji Baru

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.

Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik

Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.


OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu! Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!


Suami : Ni kan nombor 9549455?
OG : Bukan, encik. Sini 9459455.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

Rabu, 15 Julai 2009

Kuda Raja

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.

Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

Isnin, 13 Julai 2009

Kalau Perempuan Kata...

1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring!

2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..

4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap

5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni...nanti i free i call u ,kay?Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la...

7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik balik cepat la...ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...

9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...

kalo korang rase awek or scandal korang selalu mengeluarkn ayat mcm ni..phm2 je la yer...

Jumaat, 19 Jun 2009

Menjadi Isteri Yang Memuliakan Suami


Apabila seseorang wanita itu berkahwin, pastilah dia amat mengharapkan kebahagiaan dan kasih sayang yang berkekalan daripada suaminya. Jika ada wanita yang menafikan hal tersebut, itu hanyalah menunjukkan kesombongan dan sifat hipokritnya. Ingin menyayangi dan disayangi hakikatnya adalah fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas hamba-hamba Nya.
Malangnya pada hari ini, keinginan fitrah tersebut adakalanya begitu sukar dipenuhi. Banyak pasangan suami isteri yang renggang hati, tipis kasih sayang dan selalu timbul perselisihan antara mereka. Malah perceraian menjadi lumrah kehidupan.

Ertinya ramai isteri yang sedang menderita pada masa ini. Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?
Lelaki sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk membina sebuah perkahwinan. Ini kerana mereka ingin memenuhi tuntutan fitrah yang ingin dibelai dan dilayan oleh seorang wanita bergelar isteri. Mereka juga mengharapkan sebuah keluarga yang dikelilingi dengan tawa tangis anak-anak, yang semuanya dapat mententeramkan jiwa dan perasaan mereka.
Sekiranya tuntutan fitrah ini tidak diisi, maka akan kosonglah jiwa mereka. Sekiranya isteri tidak memberi layanan yang sebaiknya sehingga rumah tangga menjadi hambar, maka tiadalah lagi makna sebuah perkahwinan. Suami tidak akan bahagia, hatinya tidak akan tenang meskipun rumahnya besar dan wangnya bertimbun.
Beberapa persoalan di bawah mungkin dapat membantu anda muhasabahkan diri, seterusnya memberi jawapan dan jalan penyelesaian ke arah membina rumah tangga agar harmoni, ceria dan sentiasa diredhai Allah.
Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan?

Setiap kali ketika suami pulang ke rumah dan anda berada di rumah ketika itu, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?
Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda berusaha dengan kemampuan dan masa yang ada, menjaganya agar teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami apabila memandangnya?
Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua yang telah dinyatakan diatas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang gembira hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati apabila didapati isteri yang sepatutnya berada di rumah, tiada di rumah ketika dia pulang dari kerja atau sebarang aktiviti luar.
Tidak akan terhibur hati suami kalau rumah tangga dan anak-pinak berkecamuk dan tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu apabila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri daripada memenuhi kehendak dan kemahuan suami.

Dalam keadaan apa sekalipun, seorang isteri mesti memuliakan suami dan menghormatinya, di samping merasakan diri sendiri "memerlukan" suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuh padanya. Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri.
Sebaliknya jika isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimuliakan dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumah tangga.
Apabila isteri mahu bertindak sama seperti suami atau mahu mengambil alih peranan suami tanpa disedari, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda, saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. Mustahil seorang suami rela dikawal oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami suka diarah dan diperintah oleh isteri.

Sedangkan seorang wanita yang hatinya bersih daripada nafsu, memang rela berkhidmat dan menyerahkan seluruh jiwa raga pada suami.
Letak Diri Sebagai Hak Suami
Satu-satunya jalan bagi seorang isteri untuk mendapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, ialah dengan meletakkan dirinya sebagai "hak" suami dan rela untuk berkhidmat pada bila-bila masa. Adakalanya seorang isteri perlu mengorbankan kepentingan diri sendiri demi memenuhi hak suami yang perlu ditunaikan. Antara perkara yang wajar dilakukan oleh isteri termasuk:
Memasak sendiri dirumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami.
Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya.
Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami
Membina akhlak yang mulia agar suami terhibur.
Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina rumah tangga bahagia. Isteri yang bijak, kreatif dan sentiasa menambah ilmu dalam usaha membentuk kebahagiaan, mereka pasti akan berjaya.

Walaupun begitu perlu diingatkan bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah SWT. Ia tidak boleh dibuat-buat direka dan dirancang-rancang. Oleh itu, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan dalam rumah tangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah wajib dititikberatkan. Tanpa iman, adalah sukar bagi pasangan itu untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.

Isnin, 15 Jun 2009

Isteri Balik Kg Suami Tiduri Janda (Dang Setia)

Isteri balik kampung, suami tiduri janda
SOALAN
SAYA isteri yang sudah 11 tahun berkahwin dan ada tiga anak perempuan. Sekarang saya hamil anak keempat. Masalah saya ialah suami buat perangai yang memeningkan kepala saya.
Pada mulanya, kawan dia suruh tolong ‘cover line’ dia.
Kawan dia nak putus dengan kekasih dia, jadi dia suruh suami saya mengurat wanita itu. Masalah timbul bila wanita itu suka kepada suami saya.
Suami saya pun suka kat dia. Baru dua minggu berkenalan, suami saya merancang mengambil wanita itu sebagai isteri keduanya.
Bila suami menyatakan hasrat hatinya, saya menjadi tidak tentu arah. Paling menyedihkan saya, masa saya balik kampung, suami berlaku curang dengan meniduri wanita itu.Suami tidak sampai hati nak berbohong dengan saya.
Dia menceritakan semuanya kepada saya. Katanya, dia sebenarnya cuma nak ringan-ringan, tetapi wanita tu yang minta (lakukan hubungan seks).
Wanita itu janda anak satu. Tolonglah saya Dang Setia, suami saya tidak pernah berperangai seperti itu sebelum ini.Saya sungguh tertekan sekarang.
Kebelakangan ini suami pandai pula menjejakkan kaki ke disko.AZKajang, Selangor

JAWAPAN
Kebelakangan ini masalah suami menjalin hubungan cinta dengan wanita lain seolah-olah menjadi fenomena biasakerana ia kerap berlaku. Apa sebab musababnya, sukar untuk diberi satu jawapan objektif.Hakikatnya, tiada isteri yang gembira jika suami menjalin hubungan dengan wanita lain, namun apabila ia menimpa diri kita, Dang Seti nasihatkan seseorang isteri supaya tidak bertindak terburu-buru.Berfikirlah secara terbuka, ingat kepada hukum Allah dan jangan sekali-kali beranggapan ‘d’unia sudah kiamat’.

Memang masalah ini berat dan sukar, namun ingatlah, seberat dan sesukar mana masalah menimpa kita, pasti ada hikmah di sebaliknya.Justeru, berfikirlah secara positif kerana hidup mesti diteruskan. Lagipun, hidup di dunia ini hanya sementara saja dan sekadar jambatan untuk kita menjalani kehidupan abadi atau sebenar-benarnya di akhirat.Secara rasional, ada dua pilihan yang boleh puan buat, sama ada memaafkan suami, berkorban demi kebahagiaannya dan memujuk wanita itu berkahwin dengan suami puan atau langsung tidak memaafkan suami kerana hati puan terguris.

Jika yang kedua menjadi pilihan puan, kemungkinan yang wajib puan fikirkan ialah menuntut perceraian. Apa pilihan terbaik? Jawapan mutlaknya milik puan sendiri dan Dang Setia sekadar memberi pandangan.Dang Setia faham apabila hati dilukai dan kepercayaan dikhianati, sukar untuk kita melupakan begitu saja apa yang berlaku. Bagaimanapun, dalam masa sama perlu juga difahami dan disedari ada ketikanya perasaan kita bukan segala-galanya.

Biarpun sakit, sukar dan berat hati, ada ketikanya kita perlu ketepikan emosi demi perkara lain yang lebih penting serta perlu diutamakan. Pada pandangan Dang Setia, itu yang puan perlu lakukan pada masa ini.Maksudnya, jika diikutkan hati , memang puan berhak untuk tidak memaafkan suami dan meminta cerai, namun persoalannya adakah dengan berbuat begitu masalah puan akan selesai?Apabila membaca keseluruhan surat puan, Dang Setia dapat rasakan betapa puan masih menyayangi suami (biarpun perbuatannya keji) dan tidak sanggup bercerai.

Jika benar telahan Dang Setia, mungkin apa yang perlu puan lakukan ialah persiapkan dan mendidik diri untuk hidup berpoligami.Puan, apabila Allah mengizinkan poligami, kita perlu yakin tentu ia sebenarnya memberi kebaikan kepada manusia, bukan kemudaratan sebagaimana gambaran kini.

Pandangan negatif terhadap poligami wujud bukan kerana sistem yang diizinkan Allah itu tidak baik, tapi kerana kelemahan pengamal poligami itu, tidak kira suami mahupun isteri terbabit.Apapun, Dang Setia sedar kebaikan berpoligami hanya mampu terlaksana jika suami menjalankan tanggungjawab dengan betul, namun itu sukar dilakukan.

Oleh itu, jika puan berasakan suami tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya, tidak salah untuk puan memikirkan kemungkinan berpisah dengannya.

Rabu, 27 Mei 2009

Jatuh Cinta Atau Simpati

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah. Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu. Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya.

Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata. Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan..

Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing. Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang.

Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan. Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa.

Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa. Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya.

Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau. Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi. Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni.

Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah. Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya. Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.

Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu.. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai. Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh. Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya.

Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain. Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut.

Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu. Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun.

Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya. Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf. Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan. Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu. Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud: “Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.” Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya..

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah.. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.” Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu..

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.” Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

SUMBER : Unknown

Isnin, 23 Mac 2009

Maafkan Andak Sayang

MAAFKAN ANDAK SAYANG...

Hari ini, ustazmuda nak tukar sikit nama yang biasa ustazmuda gunakan ketika menulis. Ustazmuda. Ustazmuda nak gunakan gelaran atau pangkat dalam keluarga ustazmuda iaitu andak. Gelaran bagi anak ke 6 dalam susur galur keluarga khususnya bagi orang Pahang. Maaf!!! andak tak pasti kalau-kalau negeri lainpun seumpamanya. Coretan andak hari ni sebenarnya terlalu istimewa, coretan khusus untuk anak-anak saudara andak.
Maafkan andak
andai warkah ini terlalu terbuka membicarakan kita.Maafkan andak sayang...Andak sesekali tidak bermaksud untuk membuka aib keluarga kita sayang. Andak terlalu menyayangi kalian. Sukar untuk andak menggambarkan rasa cinta itu. Sungguh. Biarlah andak berterus terang. Sekali lagi andak memohon maaf kerana warkah ini terlau terbuka membicarakan kita.Di Ramadhan dan Aidilfitri yang lalu, andak sangat gembira dan tak tahu nak gambarkan betapa girangnya hati kerana kita dapat berkumpul sama-sama, riuh rendah rumah wan dibuatnya. Wan apa lagi senyum memanjang melihat anak cucunya berkumpul. Saat itu hanya datang setahun sekali.Maafkan andak sayang...
Andak juga gembira, kalian telah bejaya dalam hidup. Kepulangan dengan pelbagai cara dan gaya. Dengan cita-cita yang besar dengan gaya hidup yang tak kurang besar... Hati terdetik Alhamdulillah syukur padaNya anak-anak sedara andak telah berjaya semuanya. Impian dan cita-cita itu sebenarnya tidak pernah bersalahan dengan agama kita.Cuma satu yang andak agak rungsingkan. Sebenarnya dah lamapun untuk andak sampaikan dari hati kehati tapi terlalu berat, mulut ni tidak mampu mengungkap kata bicara, lidah bagaikan kelu tatkala berhadapan dengan kalian. Sudah bertahun juga hati ini sekadar menyimpan dan terkadang melepaskannya melalui kata gurauan. Dan hari ini, andak tidak mampu lagi untuk menyimpan dalam diri ini. Ya!!! Tidak mampu lagi, dan bagi andak inilah cara terbaik... andak melepaskannya. Sesungguhnya selagi tidak dilepaskan, hati andak bagaikan memikul satu bebanan yang maha berat, walaupun mungkin saluran ini menunjukkan betapa lemahnya iman andak dalam dalam memberi teguran... Namun inilah kemampuan yang ada. Andak juga takut dipersoalkan oleh Allah akan tanggungjawab andak pada kalian...Maafkan Andak Sayang...
Ya, kepulangan kalian hampir saban tahun dengan pelbagai cara dan gaya sikit sebanyak merobekkan hati ini. Bukan hati andak seorang... sebenarnya hati hampir keseluruhan ahli keluarga... Wan, Aki, Ayah Tam, Ayah Teh kalian. Kepulangan di Ramadhan ini juga, dengan cara yang tidak jauh beza dengan tahun-tahun lepas... jeans yang sungguh ketat dan berbaju lengan pendek walaupun masih terlekat sehelai tudung di kepala bagaikan menghiris hati kami. Hancur luluh sebenarnya. Luluh seluluhnya. Andak tahu, siapalah andak untuk mengatur duduk pemakaian kalian. Kalian sudah terlalu besar panjang, sudah dewasa... amat dewasa untuk mengatur hidup sendiri.... Maafkan andak kerana mencampuri urusan hidup kalian. Sayang... apa yang andak perkatakan tak lain hanyalah kerana rasa sayang andak dan kami sekeluarga kepada kalian. Tiada yang lain di sebaliknya... Patutkah andak menyentuh pemakaian kalian??? Terserah. Andai kalian menerima Alhamdulillah. Andai ini akan mengeruhkan keadaan andak serahkan pada Allah. Sesungguhnya Allah tuhan yang kita sama-sama sembah mengatur segala hidup kita selagi kita mengaku beriman padaNya. Dialah penentu segalaNya. Ya!!! Kita bebas... tetapi kita bebas dalam rasa kehambaan kepadanya. Buatlah apapun di maya ini selagi tidak menyalahi hukum Allah. Tunduk dan patuhlah akan apa yang telah digariskan olehNya. Patuhlah. Sesungguhnya kita berpijak dibumiNya....
Maafkan Andak Sayang...
Andak faham... sangat-sangat fahami yang kalian semua masih diusia ramaja. Dan itulah sebenarnya trend remaja kini. Remaja yang berjeans ketat, berbaju sendat sms dan bimbit setia ditangan... sesekali ke padang bermain futsal berbicara soal pasangan hidup... hidup penuh kebebasan. Andak tidak salahkan kalian. Tidak... mungkin andak juga begitu andai andak masih di usia kalian... dan itulah sebenarnya yang dimomokkan oleh pemerintah kita... Itulah keinginan meraka, membiarkan kita lalai dan leka dari Islam lantas berjauh hati denganNya.
Ya!!! semua saluran dipergunakan untuk memomokkan idea ini, sehingga kita yang bertudung seolah diangap salah.. Pandangan diserongkan persepsi diterbalikan... Lihat sahaja apa yang dihidangkan kepada kita di media massa mahupun elektronik. Kemana kita di bawa... satu persatu bermula dengan 3R, Gol dan Gincu dan kini Ilyana...Arghh!!! pasti tidak akan berakhir di situ sahaja. Tentu kalian masih ingat dengan ucapan si gadis genit tika menjulang tropinya ' mari kita perbanyakkan lagi cerita seperti ini...' hari ni racun yang ditanam berpuluh tahun dahulu telah benar-benar memakan diri kita.
Sedikit demi sedikit kita lari dari akar umbi bahasa, budaya... dan akhirnya mencabut Islam itu sendiri. Rupanya racun Yahudi dan Nasara itu telah benar-benar meresap dalam hidup kita. Benar. Kita tidak memerlukan lagi si Yahudi dan Nasara datang menyesatkan kita. Cukup... cukup dengan agen-agen mereka di kalangan kita. Cukup!!!... kita kalah dalam peperangan ini.Maafkan andak sayang...... sayang mungkin andak dah terlalu jauh menyimpang. Biarlah kita kembali kepada perbincangan asal. Andak berbangga dengan kejayaan kalian dalam hidup. Sungguh andak amat berbangga.
Kalian berjaya dalam hidup... tapi kejayaan itu dapatkah menjamin kejayaan kita ketika menemui Allah di sana nanti. Dapatkah??? Dapatkah kejayaaan, kekayaan kita untuk membeli syurga Allah di sana nanti??? Maaf kalau ini terlalu kasar bicaranya. Renung sedalamnya, jawapan ada pada kalian sayang.Ya!!! kadangkala kita lalai dan leka di pertengahan jalan. Leka yang panjang. Terlena sebentar dengan keasyikan dunia yang fantasi dan terlupa akan realiti kehidupan di sana nanti.
Kehidupan yang tidak pernah ada penghujung... kehidupan yang tidak mungkin dapat diperbandingkan oleh sesiapapun tempohnya dengan kehidupan ini. Ya!!! terlalu lama tiada berpenghujung. Andai bahagia... bahagialah milik kita abadi di sana nanti dan andai derita deritalah untuk selamanya... Sanggupkah kita???Maafkan andak sayang...... Masihkan kalian ingat pada ayat Allah ini :
وما خلقت الجن والاءنس الا ليعبدون
"Dan tidak aku jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk memperhambakan diri kepadaNya" Az Zarriyat : 56

Ya!!! kita adalah hambaNya...inilah sebenarnya tujuan asal kita dijadikan olehNya. Lupakah kita pada ayat Allah ini. Kita adalah hambaNya... yang tidak punya apa-apa hak untuk mengatakan TIDAK kepada kehendaknya... kepada perintahNya... kepada hukum hakamNya... tunduk dan patuhlah selagimana hati berkata ' aku masih seorang MUSLIM MUKMIN'...Mungkin kalian akan menunding jari pada andak???
Ya!!! andak sedar kadangkala andak sendiripun bukanlah contoh yang terbaik pada keluarga. Andak sedar itu... amat sedar, andak sedang berusaha sedaya upaya memperbaiki diri ini. Doakan untuk andak kalian ini..
Untuk akhirnya andak sekali lagi memohon ampun maaf andai warkah ini bisa menjauhkan kita... fahamilah dengan hati yang tunduk, dengan rasa cinta padaNya. Moga tittipan coretan dan luahan ini memberikan suatu sinar baru dalam hidup keluarga kita. Amin.

Ahad, 22 Mac 2009

I Love You

Dear Diary,
Gembiranya aku hari ini.. hehehe…tadi aku pegi umah makngah, nak tahu tak?? Prince charming aku tue dapat 10A1!! hebat kan??.. bangga pula rasanya.. hua3.. tapi yang x bestnya, si dia x de la.. dia ikot pakngah pegi mana
ntah.. ala, time aku pegi, time tu la dia xde! xpe2, next week boleh jumpa! yahuuuuu!!!! hik2..Leganya rasa akhirnya dah abes final! hihi.. x lama lagi tau result! ini yang x sabar nie.. boleh ler aku tuntut kat jat! keekekek…alah, aku yakin gila nie add
math aku sure tinggi dari dia tau! yela, aku tgk dia x stady pon! asyik baca komik ,men bola la.. bukan macam aku ajen.. muahahhaha…padahal nak menang punya pasai, sanggup aku x tido malam stady! heheheh.. xpe, demi putera idaman, aku
sanggup! Ouh faizul!!! nges3..'Woi!!' Aizat menyergah Aneesa dari belakang. Terpelanting pen yang dipegangnya dek kerana terkejut. Aneesa menyumpah-nyumpah Aizat di dalam hati. Mangkuk betul la!! Aku baru tengah 'feel'
tau!! Aizat tidak dapat menahan tawa melihat Aneesa yang kelam kabut menutup diarinya. Dia sempat mencuri-curi pandang tadi, dia hanya sempat melihat perkataan faizul.. faizul?? erkk, bukan ke tu sepupu Nis?.. kenapa ada nama dia pula?
Hah! biar betul, Nis suka Zul?'Ah, sibukla kau Jat! Suka-suka ja ceroboh bilik orang!' Aneesa menempelak Aizat yang langsung tidak peduli. Malah dengan selambanya dia duduk di atas meja Aneesa.'Alah Nis, macam la tak
biasa. Kau tu pun sama, suka-suka ja ambil komik aku, tup-tup hilang! Hah, mana komik aku tu, aku tak baca lagi tau!' Aneesa tersengih. Alahai, camna dia boleh sedar pula komik dia hilang.'Ala, pinjam jela! Kedekut! Nah ambil balik!'
Aneesa pura-pura merajuk. Aizat tergelak kecil. Seronok dia dapat mengusik Aneesa. Hidup dia akan rasa kekurangan kalau tidak dapat melihat muncung Aneesa setiap kali diusik. Baginya, Aneesa adalah segala-segalanya. Dia suka
melihat Aneesa merajuk, ketawa. Tetapi dia tidak sanggup melihat Aneesa bersedih, sebab itulah dia sanggup lakukan apa sahaja untuk Aneesa. Di sekolah, dia sudah dicop sebagai 'bodyguard' Aneesa. Sebab dia, tiada pelajar lelaki
yang berani mengusik Aneesa.'Eh, kau tulis pa tadi? Buat puisi pasal kembar kau yang 'handsome' ni ekk?? Oh Jat, wajahmu bersinar bak mentari..' Kata-katanya terputus kerana tidak dapat menahan tawa. Aneesa yang tadi muncung
mengikut ketawa bersama.'Eee, perasannya!! Tak ingin la! Habiskan dakwat pen aku ja tau!' Aneesa menjelir lidah. Perasan betul! Aku tulis tentang putera idaman la! hehe..'Ah kau! Kau ni zaman batu ke pa! Sekarang tak main la
diari, orang buat blog la,' Seraya itu tangannya menepuk perlahan kepala Aneesa, tak sempat Aneesa menepis.'Ah malas la blog. Takde 'privacy' tau !''Ala, kau nak segan pe, setakat tulis sajak pasal kekacakan aku, aku tak
kisahla.. hahahaha.. ni, ma suruh turun. Makan.''Em, malas la, dah kenyang,''Bagus! Boleh aku habiskan ayam kau!' Aizat sudah tersengih lebar. Ciss, bukannya nak pujuk aku makan! Gumam Aneesa di dalam hati.'Oit, tutup
pintu!' Aneesa menjerit kecil.'Tak nak!' Jerit Aizat kembali. Dia berlari-lari anak menuruti tangga.Ah, dasar! Jatuh tangga padan muka! Boleh aku buat kenduri 4 hari 4 malam! Hihi.. Ah, biar senakal mana pun Jat, aku tahu dia sayang
aku. Nasib baikla da Jat, kalau tak, sunyi la hidup aku. Aneesa tersenyum sendiri.*****Dear diaryBestnya!!! Hari ini aku dapat tahu result add math! hahah.. seperti yang dijangka! aku menang! means marks aku tinggi la
dari Jat. Tapi lebih 3 markah je.. huk3.. aku pelik la, pandai juga Jat tu, tengok macam x belajar ja.. agaknya dia stady sambil tidur kot??Ah, x kisahlah! Yang penting sekarang ni aku boleh minta Jat tunaikan permintaan aku.. hihi.. Esok
adalah harinya! Yeahuuuuuuu!!!!Aneesa menutup diarinya yang sebenarnya dihadiahkan Jat. Itupun sebenarnya atas permintaannya. Dia pun tidak sedar sejak bila mereka bermula bertaruh. Bagi yang kalah, kenalah turuti satu
permintaan yang menang. Selalunya mereka akan berlawan dalam peperiksaan dan seringkali pemenangnya mestilah Aneesa. Aizat pernah menang sekali, itupun dalam mata pelajaran kemahiran hidup masa PMR dahulu. Akibatnya
Aneesa terpaksa mengeluarkan duit belanjanya selama seminggu untuk menuruti permintaan Aizat. Apa lagi kalau bukan komik. Aizat memang hantu komik, Aneesa pula lebih gemar membaca majalah seperti remaja, hiburan. Aneesa juga
kuat berangan, seperti kebanyakan gadis, dia suka menghabiskan masa membaca novel-novel cinta. Dan dia akan membayangkan Faizul ,sepupunya yang dua tahun lebih tua darinya sebagai hero novel dan dia pula heroinnya.
'Wah, seronok nampak!' Aneesa yang sedang asyik membalas sms Faizul tersenyum malu.'Mestila!''Zul la tu? Nasib ada aku kan? Kalau tak, takde Zul tu nak layan budak songeh macam kau ni! hahahah..'
Aneesa mencebik geram. Suka sungguh mengutuk aku. Tahu lah aku ni perangai macam budak-budak. Hello, I'm only sixteen ok!'Yela! Tima kasih bebanyak ye! Ala, tapi kan, ni semua atas usaha aku gak! Dah aku menang, kau
kenala buat apa yang aku suruh!' Aizat mencebik.'Bagusla kau 'happy'. Aku pun 'happy'.' Balas Aizat perlahan. Namun Aneesa masih dapat mendengar. Aik, kenapa pula dengan Jat. Dia tak suka ke aku kawan dengan Faizul?
Sebelum ni Aneesa tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki kecuali Aizat. Di sekolah, dia lebih selesa bersama rakan-rakan perempuannya tetapi dia tahu Aizat sentiasa menjaganya semasa di sekolah. Pelajar lelaki memang tidak
berani mengusiknya. Entah kenapa, dia tidak berasa terkongkong, malah berasa selamat.'Jat, kau tak suka Faizul ke?''Eh, takdela! Orang macam Faizul tu memang sesuai dengan kau. Dia kan pandai. Bakal doktor pula tu.
Seronok la kau. Tercapai juga impian kau nak kahwin doktor!' Aneesa tersenyum kecil. Tak sangka pula Jat masih ingat impiannya semasa kecil dahulu. Haha, lawak pula bila dikenang. Kecil-kecil dah berangan nak kahwin!'Eh,
weekend ni jom tgk movie!' Aizat menepuk perlahan bahu Aneesa.'Hah!' Aneesa terjerit kecil. Terbang kenangan dia dengan Aizat semasa kecil dahulu.'Ish kau ni! Berangan ja keja! Taula tengah angau dengan Zul!'Usik Aizat./'Ah, mana da! Apa kau cakap tadi? Tengok movie?' Aizat mengangguk laju.'Alamak, emm.. Faizul..''Oh, takpe.. Dia dah ajak keluar ek? Bagusla, lagipun korang tak pernah lagi kan date!' potong Aizat. Aneesa tersenyum malu.
Jat, kau ni, tahu-tahu aja! You are the best!'Ok, have fun! Tapi kalau dia buat apa-apa, 'call' aku cepat-cepat tau!' Gurau Aizat. Dia tahu Faizul baik orangnya, mustahil Faizul hendak mempermainkan Aneesa. Sebab itulah dia
membenarkan Aneesa keluar bersama Faizul. Kalau orang lain, nak dekati Aneesa pun dia tak benarkan tau!'Thank Jat. Lain kali aku temankan kau ye. Jat, emmm mama..''Ala, aku tahu.. nanti mama tanya, pandai-pandailah aku
cover!''Yes!! Thanks ye!' Aneesa tersenyum gembira. Aizat turut senyum. Demi kau, aku sanggup buat apa sahaja, asalkan kau gembira. Tapi adakah aku gembira? Kenapa hatiku rasa sakit dan kenapa aku rasa makin jauh dengan
Nis? Aizat mengeluh.'Kenapa Jat?' tegur Aneesa, menyedari Aizat yang berubah wajah, tidak seceria tadi.'Takde la. Aku tengah fikir nak ajak date dengan awek mana weekend ni,' Sengaja Aizat menipu. Padahal dia langsung
tidak minat dengan mana-mana perempuan di sekolahnya. Bukannya tak ada yang meminatinya, tapi entahla, dia lebih selesa sendiri dan meluangkan masa bersama Aneesa.'Ee, perasannya! Mentang-mentang la banyak peminat !
Aha, lupa pula aku nak bagitahu. Ingat tak Amira?''Budak baru tu? Eh mestila ingat !Awek cun tu!' Aneesa mencebik. Ah, lelaki! Yang cun 'sure' ingat!'Bagusla macam tu. Sebab aku rasa kan dia macam minat kat kau. Dia selalu
tanya pasal kau.''Oh yake.. Dah tu kenapa?' Tanya Aizat buat-buat tidak mengerti.'Ish, lembap betullah! Ngorat la dia, cuba kau tegur-tegur dia. Mana tau, boleh buat awek, so nanti aku tak payah temankan kau tengok
movie. Amacam, mantap tak idea aku?' Aneesa tersengih bangga.'Boleh pakai juga otak kembar aku ni!' Sambil itu dia menepuk kepala Aneesa. Aneesa terjerit kecil.********Aneesa berasa gembira dapat meluangkan
masa bersama Faizul. Pertama kali dalam hidupnya keluar dengan lelaki selain Aizat. Impiannya untuk mengenali Faizul sudah tercapai. Banyak dia tahu tentang Faizul sekarang. Aneesa mula berubah, sejak kenal Faizul, dia lebih suka
memerap di dalam bilik. Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku penyiasatan dan pembunuhan kerana Faizul minat buku-buku sebegitu. Tetapi kegembiraan itu tidak lama, entah kenapa dia terasa sesuatu yang hilang.
Aneesa teringatkan Jat, mereka sudah lama tidak meluangkan masa bersama. Bukan dia tidak mahu, tetapi dia dapat rasakan Jat makin jauh darinya. Jat tidak lagi mengusiknya seperti dahulu, malah susah sekali mahu berjumpa dengan
Jat walaupun mereka tinggal sebumbung. Jat selalu sahaja keluar rumah dan balik lewat malam sehinggakan papa dan mama menegurnya. Mama ada memintanya bertanya Aizat kalau-kalau dia ada masalah kerana mama tahu mereka
memang rapat sejak kecil dan tak pernah berahsia. Dia cuba bercakap dengan Jat tetapi Aizat bersikap dingin terhadapnya. Alasannya dia letih main bola dan mahu tidur. Bunyi sms mengejutkan Aneesa. Dilihatnya di skrin, sms daripada
Faizul. Untuk pertama kalinya dia tidak membalas sms Faizul. Entah kenapa dia rasa dia bukan dirinya sejak rapat dengan Faizul. Faizul seorang lelaki yang baik, terlalu sempurna dan amat bercita-cita besar. Dia bukan seperti Aizat, yang
tidak sopan, keras kepala, perangai gila-gila dan amat gilakan komik. Aizat juga suka mengusik dan mengutuknya, berbeza sekali dengan Faizul yang sopan dan melayannya dengan baik. Bersama Aizat aku dapat jadi diriku, aku tak perlu
berpura-pura berlagak seperti gadis yang matang. Aku boleh gelak sekuat hati aku, aku boleh menangis tanpa segan, aku boleh jadi aku! Aneesa tersentak. Kenapa baru sekarang dia tersedar yang selama ini dia tak pernah sukakan
Faizul. Bila bersama Faizul, dia selalu membandingkan Faizul dengan Aizat. Selama ini, perbualan mereka pun banyak berkisar tentang Aizat. Dia ingat lagi semasa mereka ke MPH, aku beriya-iya bercerita tentang Aizat apabila ternampak
komik kesukaan Aizat. Tapi mustahil aku sukakan Jat??!! Dia kan kembar aku! Dia juga abang aku! Tidak, dia bukan kembarku, apatah lagi saudaraku! Kami langsung tiada pertalian darah! Aneesa berperang dengan perasaannya sendiri
sehinggalah dia tertidur keletihan.****Aneesa mendengus marah. Sakit hatinya melihat kemesraan Amira dan Aizat. Mengertilah dia kini mengapa Aizat tidak mahu melayannya lagi. Yela, dia sudah ada Amira! Amira boleh
temankan dia pergi tengok movie! Boleh temankan dia pergi membeli komik! Aneesa menghempas geram buku di atas meja. Aizat yang sedang asyik berbual dengan Amira menoleh. Dia hairan dengan sikap Aneesa sejak akhir-akhir ini.
Selalu bermasam muka, agaknya bergaduh dengan Zul kot, yela orang tengah bercinta kan. Tak mengapalah, balik rumah ni, aku tanya, mana tahu dapat tolong. Aku tak sanggup melihat Aneesa sedih begini.Sampai sahaja di rumah,
Aizat terus memanjat tangga menuju ke bilik Aneesa. Sudah sebulan mereka tidak pulang bersama, sengaja dia mengelak balik bersama Aneesa kerana dia mahu menjauhkan diri dari Aneesa. Lagipun, Aneesa sudah tidak perlukan dia,
dia tak perlu lagi menjadi peneman Aneesa. Tanpa mengetuk pintu, dia mendapatkan Aneesa yang sedang asyik menulis sesuatu di meja. Tidak seperti dahulu, dia pasti akan menyergah Aneesa yang sedang leka menulis. Dia mencuit
bahu Aneesa lembut. Aneesa tidak menoleh. Sebenarnya dia sedar kehadiran Aizat. Namun, Aneesa tidak berani bersemuka dengan Aizat. Dia geram dengan Aizat dan dirinya! Dia geram kerana amat sukakan Aizat. Dia tahu dia tak
sepatutnya menyukai Aizat, dia pasti Aizat hanya menganggapnya seperti adik selama ini. Tidak mungkin dia dapat bersama Aizat dan tak mungkin mereka dapat mesra seperti dahulu. Apa patut aku buat untuk hilangkan perasaan ini?
Yang peliknya, perasaan yang dipendam selama ini kepada Faizul mula pudar setelah mengenalinya. Ah, benci betul! Dah gila agaknya aku ni!'Nis..' tutur Aizat lembut. Aneesa yang sudah lama rindukan panggilan itu hampir menangis
mendengarnya. Aizat akan memanggilnya Nis apabila dia dalam kesedihan. Aizat akan berubah watak apabila melihat dia sedih. Dia akan memujuk Aneesa dengan lembut dan mendengar rintihannya biarpun selalunya hanya sekadar
masalah kecil.'Nis, cerita kat Jat. Apa Zul dah buat? Nanti Jat belasah dia!' Sengaja Aizat menyebut nama Faizul. Mana tahu memang Faizul menjadi punca kesedihan Aneesa.'Tak ada kaitan dengan dia! Leave me alone!' Jerit
Aneesa. Aizat kaget. Tidak pernah Aneesa marah sebegini. Nasib baik mama dan papa keluar, kalau tak mesti diorang ingat kami bergaduh.'Nis.. jangan la macam ini. Mana Nis dahulu yang ceria? Jangan la sebab lelaki tu, Nis jadi
macam ini ! Nis ni comel tau, banyak lagi lelaki lain gilakan Nis tau !' Aizat masih cuba memujuk Aneesa.'Ah sibuklah !Kau pergilah layan Amira ! Tak payah nak care pasal aku! Tahu la aku nak handle!' Aizat tersentak. Kenapa nak
kaitkan dengan Amira pula ini. Dia juga yang suruh aku keluar dengan Amira dulu. Aizat cuba bersabar melayan kerenah Aneesa. Dia mesti tahu punca Aneesa jadi begini.'Nis, kenapa ni? Dah tak nak cerita dengan Jat? Dulu, Nis tak
pernah berahsia dengan Jat,' Aneesa mendengus geram. Sebab kau la bodoh! Sebab aku suka kau! Dan aku tak dapat terima hakikat kau boleh mesra dengan orang lain selain aku! Ya, aku tahu aku amat pentingkan diri. Tapi makin
hari, perasaan ini makin kuat. Aku mahu belajar untuk tidak bergantung dengan kau lagi. Namun kata-kata itu hanya bergema di dalam hati.'Nis, please.. cite kat Jat. Jat tak sanggup tengok Nis sedih,''Can you stop acting like you
are my brother!!' Jerit Aneesa. Entah kenapa dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu. Aizat tidak dapat bersabar lagi dengan kerenah Aneesa. Dia berasa amat terluka dengan kata-kata Aneesa.'Fine! Kalau itu yang kau nak!'
Aneesa terkedu. Pertama kali dia mendengar nada keras dari Aizat. Selama ini, jika mereka bergaduh seteruk manapun, Aizat akan beralah dan tidak akan meninggikan suara sebegitu. Adakah Aizat membencinya kini?Sebelum
keluar dari bilik Aneesa, Aizat menoleh melihat Aneesa yang langsung tidak memandangnya.'Jat minta maaf sebab selama ini jadi abang Nis. But remember this, I have never asked to be here, I have never asked to live with you! Tapi
Nis jangan risau, nanti Jat akan keluar juga dari rumah ini, buat masa sekarang, Nis terpaksa lihat muka Jat,'Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya menitis juga. Tahula Aneesa Aizat tidak membencinya tetapi dia sudah terluka.
Terluka sebab aku yang bodoh! Aku tak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang sebegitu kejam! Aizat sudah salah faham, aku tak maksudkan begitu. Apa yang aku maksudkan, aku mahu dia lebih dari seorang abang! Aku tak mahu terus
menjadi adiknya. Tapi Aizat tak akan faham. Ya Allah, apa aku sudah buat. Aneesa membiarkan air matanya terus mengalir. Bunyi telefonnya mematikan lamunannya. Dilihatnya di skrin, 'Jat's day'. Jat's day! Hari ini hari Jat! Hari di mana aku
akan gembirakan Jat kerana hari ini hari kematian ibu bapa Jat. Pada hari tersebut, dia tak akan bergaduh dengan Jat, dia akan buat Jat gembira, luangkan masa bersama Jat sebab dia tak mahu Jat rasa keseorangan. Dia mahu Jat rasa
dia ada ahli keluarga, dia ada teman yang akan sentiasa bersamanya di saat dia sedih. Tahun lepas, Aneesa belanja Aizat ais krim di mall, mungkin kedengaran biasa, tetapi baginya itu sahaja caranya untuk membuat Aizat rasa gembira
dan membuatnya lupa hari yang menyedihkan itu. Aneesa terkaku. Dia berasa amat bersalah kerana kata-katanya sudah pasti mengguris hati Jat dan mengingatkannya tentang ibu bapanya yang telah pergi sepuluh tahun yang lalu.
Semuanya gara-gara kemalangan. Nasibnya baik kerana ibu bapanya yang turut berada dalam kereta yang sama terselamat. Tetapi tidak Jat, Jat telah kehilangan kedua ibu bapanya semenjak usianya baru mencecah enam tahun. Sejak
itu, mereka tinggal bersama memandangkan saudara Jat yang lain tidak mahu menjaga Jat malah mahu menghantarnya ke rumah anak yatim. Nasib baik papa mengambil Jat menjadi anak angkatnya, tambahan pula papa memang sudah
lama inginkan anak lelaki. Itulah yang dijelaskan mama semasa dia bertanya perihal Jat dahulu.Aku mesti minta maaf dan jelaskan padanya yang aku tak maksudkan macam tu! Namun kaki Aneesa terhenti. Dia tidak punya
keberanian untuk berhadapan dengan Aizat. Sebab selama ini, Aizat lah yang selalu memujuknya apabila dia sedih. Dia tak pernah melihat Aizat sedih tetapi malam ini dia dapat merasa kesedihan Aizat. Aneesa memutuskan untuk
menghantar sms sahaja kepada Aizat.Jat, Nis minta maaf. When I said stop acting like u r my bro, what I really meant is different from what u understand. I'm so sorry that I hurt you! Please forgive your stupid little sis!=(Aneesa tidak
perlu menunggu lama. Setelah beberapa saat, sms nya dibalas.Masukla, kenapa berdiri kat luar.Aneesa tersenyum kecil. Alamak malunya! Macam mana dia tahu aku depan bilik dia ni. Aneesa membuka pintu, entah kenapa
terasa berdebar-debar. Oh, tenanglah wahai hati. Getus hati kecilnya. Dilihatnya Aizat berada di atas lantai, bersandar di tepi katil, dia sedang memegang sekeping gambar. Aneesa teragak-agak mendekati Aizat.'I miss them,' Aneesa
tersentak. Pertama kali dalam hidupnya, Aizat meluahkan kerinduannya. Selama ini, Aizat sentiasa gembira, tak pernah pun dia berbicara tentang ibu dan ayahnya. Aneesa berasa sedih dan bersalah. Ini semua salah aku! Buat Aizat teringat
kemalangan tu!'Jat, sorry,'akhirnya Aneesa mendapat kekuatan untuk bersuara. Dia memberanikan diri mendekati Jat.'No, it's not your fault. Ada benarnya juga kata kau. Selama ini, aku lupa yang aku sebenarnya bukanlah abang
kau, apatah lagi kembar kau. Keluarga kau jaga aku dengan baik sampai aku lupa diri aku.''Jangan cakap macam tu! Kau lah keluarga aku! Kalau kau tak ada, rumah ini memang tak meriah. Kaulah penyeri tau. Sebab kau, aku rasa
bahagia sangat.' Aneesa menunduk. Entah kenapa tiba-tiba terasa darah menyerbu ke wajahnya. Pasti wajahnya sudah merah menahan malu. Aizat menoleh melihat Aneesa yang kini sudah berada di sebelahnya.'Terima kasih. Aku
memang nak kau bahagia selalu. Jangan sedih-sedih lagi tau!' Aneesa mengangguk. La terbalik pula, sepatutnya aku yang pujuk dia! Aneesa tersenyum kecil.'Eh, apa maksud kau tadi?''Maksud apa?' Aneesa mengangkat
mukanya memandang Aizat kehairanan.'sms tu!' Aneesa kaget. Alamak! Mati aku, takkan la aku nak beritahu aku tak nak dia jadi abang aku sebab aku suka dia!'Cepatlah! Tell me, what did you really mean?''Emm, what I
meant..' Aneesa segera bangun, dia mesti larikan diri! Takkanlah aku nak malukan diri pula! Namun tangannya ditarik Aizat pantas. Terkejut Aneesa, debaran yang dirasakan sedari tadi bertambah hebat.'I won't let you go unless you tell
me what u meant!' Nada Aizat yang keras membuatkan Aneesa terkedu.'Esok lah aku bagitahu,' Dia cuba melepaskan tangannya dari pegangan Aizat tetapi Aizat mencengkamnya kuat.'I won't accept your apology,'Sengaja Aizat
mahu mendera Aneesa. Sudah lama dia tidak mengusik Aneesa dan dia amat rindukan Aneesa yang akan merajuk diusiknya.Aneesa tidak dapat mencari alasan lagi. Dia terpaksa berterus terang.'I don't want you to be my
brother because,''Because?'Potong Aizat laju. Ee, geramnya aku! Cuba la bawa bersabar! Ingat senang-senang ke aku nak luah perasaan! Aneesa mendengus geram.'I love you!'Jerit Aneesa. Dia sendiri terkejut kerana punya
keberanian meluahkan tiga perkataan itu. Aizat terkejut mendengarnya. Aku sedang mimpi ke ni?'Puas hati? Tapi kau jangan risau, aku tahu kau anggap aku macam adik je. Anggaplah kau tak pernah dengar,' Serentak itu Aneesa
berlari keluar dari bilik Aizat. Aizat yang masih terkejut, hanya membiarkan Aneesa pergi.****'Jat, jat nak ambil kursus apa nanti?' Aizat yang sedang asyik menghirup milo ais kegemarannya mendongak
memandang Aneesa.'Jat nak jadi kartunis! Nak ada komik sendiri,' Aneesa tersenyum kecil. Dia tak sangka itu jawapan Aizat. Nampaknya Aizat betul-betul gilakan komik!'Nis pula nak jadi novelist!''Tak tanya pun!' Usik
Aizat. Aizat ketawa melihat Aneesa yang sudah menarik muka.'Biarlah, Nis nak bagitau juga!' Jat ni, suka buli aku! Dah couple pun still nak buli! Tak romantik betul! Tapi aku tetap sayang dia, pelik kan? Dia masih ingat lagi, selepas
kejadian malam yang bersejarah itu, disangkanya Aizat memang tidak sukakan dia kerana membiarkan dia pergi. Rupa-rupanya telahannya silap, Aizat mengheretnya keluar dari biliknya dan meminta penjelasannya tentang hubungannya
dengan Faizul. Dan malam itu juga dia tahu punca Aizat menjauhkan diri darinya, semuanya kerana dia mula sedar dia sukakan aku, Aneesa Mohd Hanif. Dan Amira pula menjadi tempatnya untuk cuba melupakan aku. Nasib baik Amira tak berjaya buat Jat aku lupakan aku! Jat, love you always