Isnin, 15 Jun 2009

Isteri Balik Kg Suami Tiduri Janda (Dang Setia)

Isteri balik kampung, suami tiduri janda
SOALAN
SAYA isteri yang sudah 11 tahun berkahwin dan ada tiga anak perempuan. Sekarang saya hamil anak keempat. Masalah saya ialah suami buat perangai yang memeningkan kepala saya.
Pada mulanya, kawan dia suruh tolong ‘cover line’ dia.
Kawan dia nak putus dengan kekasih dia, jadi dia suruh suami saya mengurat wanita itu. Masalah timbul bila wanita itu suka kepada suami saya.
Suami saya pun suka kat dia. Baru dua minggu berkenalan, suami saya merancang mengambil wanita itu sebagai isteri keduanya.
Bila suami menyatakan hasrat hatinya, saya menjadi tidak tentu arah. Paling menyedihkan saya, masa saya balik kampung, suami berlaku curang dengan meniduri wanita itu.Suami tidak sampai hati nak berbohong dengan saya.
Dia menceritakan semuanya kepada saya. Katanya, dia sebenarnya cuma nak ringan-ringan, tetapi wanita tu yang minta (lakukan hubungan seks).
Wanita itu janda anak satu. Tolonglah saya Dang Setia, suami saya tidak pernah berperangai seperti itu sebelum ini.Saya sungguh tertekan sekarang.
Kebelakangan ini suami pandai pula menjejakkan kaki ke disko.AZKajang, Selangor

JAWAPAN
Kebelakangan ini masalah suami menjalin hubungan cinta dengan wanita lain seolah-olah menjadi fenomena biasakerana ia kerap berlaku. Apa sebab musababnya, sukar untuk diberi satu jawapan objektif.Hakikatnya, tiada isteri yang gembira jika suami menjalin hubungan dengan wanita lain, namun apabila ia menimpa diri kita, Dang Seti nasihatkan seseorang isteri supaya tidak bertindak terburu-buru.Berfikirlah secara terbuka, ingat kepada hukum Allah dan jangan sekali-kali beranggapan ‘d’unia sudah kiamat’.

Memang masalah ini berat dan sukar, namun ingatlah, seberat dan sesukar mana masalah menimpa kita, pasti ada hikmah di sebaliknya.Justeru, berfikirlah secara positif kerana hidup mesti diteruskan. Lagipun, hidup di dunia ini hanya sementara saja dan sekadar jambatan untuk kita menjalani kehidupan abadi atau sebenar-benarnya di akhirat.Secara rasional, ada dua pilihan yang boleh puan buat, sama ada memaafkan suami, berkorban demi kebahagiaannya dan memujuk wanita itu berkahwin dengan suami puan atau langsung tidak memaafkan suami kerana hati puan terguris.

Jika yang kedua menjadi pilihan puan, kemungkinan yang wajib puan fikirkan ialah menuntut perceraian. Apa pilihan terbaik? Jawapan mutlaknya milik puan sendiri dan Dang Setia sekadar memberi pandangan.Dang Setia faham apabila hati dilukai dan kepercayaan dikhianati, sukar untuk kita melupakan begitu saja apa yang berlaku. Bagaimanapun, dalam masa sama perlu juga difahami dan disedari ada ketikanya perasaan kita bukan segala-galanya.

Biarpun sakit, sukar dan berat hati, ada ketikanya kita perlu ketepikan emosi demi perkara lain yang lebih penting serta perlu diutamakan. Pada pandangan Dang Setia, itu yang puan perlu lakukan pada masa ini.Maksudnya, jika diikutkan hati , memang puan berhak untuk tidak memaafkan suami dan meminta cerai, namun persoalannya adakah dengan berbuat begitu masalah puan akan selesai?Apabila membaca keseluruhan surat puan, Dang Setia dapat rasakan betapa puan masih menyayangi suami (biarpun perbuatannya keji) dan tidak sanggup bercerai.

Jika benar telahan Dang Setia, mungkin apa yang perlu puan lakukan ialah persiapkan dan mendidik diri untuk hidup berpoligami.Puan, apabila Allah mengizinkan poligami, kita perlu yakin tentu ia sebenarnya memberi kebaikan kepada manusia, bukan kemudaratan sebagaimana gambaran kini.

Pandangan negatif terhadap poligami wujud bukan kerana sistem yang diizinkan Allah itu tidak baik, tapi kerana kelemahan pengamal poligami itu, tidak kira suami mahupun isteri terbabit.Apapun, Dang Setia sedar kebaikan berpoligami hanya mampu terlaksana jika suami menjalankan tanggungjawab dengan betul, namun itu sukar dilakukan.

Oleh itu, jika puan berasakan suami tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya, tidak salah untuk puan memikirkan kemungkinan berpisah dengannya.