Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Selasa, 3 November 2009

Malaysia Sudah ADVANCE
























24 oktober 2009-cayalah...

Pembuatan KonDom







Ahad, 9 Ogos 2009

Helikopter

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbangberserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas.

Juruterbang ituterselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu.

Apabila sedardari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,

”Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkansiasatan kami.”

“Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 metertiba-tiba saya terasa sejuk sangat.

Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu….”

Jom Kenal Loghat

Kali Arung - Sekaligus

Air Geh - Air Berkabonat

Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya

Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat

Comel Lote - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?

Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya

Punoh Jahne - Rosak

Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan

Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Kelecak - Terpelanting

Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih Nayyang - Sangat Nipis

Maknga - Cuai

Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)

Jabir / Supek - Plastic Bag

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puahsang - Boring

Meppeh - Tak Larat

Kepeh Blepeng - Sangat Kempis

keghah kekong -keras yg teramat

koho/selo - perlahan/slow

kettuk heghek -kentut tarik

blana kokna - banyak yang amat

samah - 50 sen

duo amah -singgit

kekoh -gigit

toksoh -jangan / tak usah

bakpo -kenapa

guano / belah mano -macam mana

gapo / gapo dio -apa / apa dia

ghoyak -bgtau

blago -berlanggar

mokte- rambutan

woh kekoh caa -kuih buah melakac

congek -tejungkit

kupik hangik -kedekut nak mampos

woh tteghe-buah gajusn

netting- melantun

deghah -deras / laju

manih letting -manis yg amat

Isnin, 3 Ogos 2009

Lapangan Terbang Dan Jalan Raya





GIBRALTAR AIRPORT

Selasa, 28 Julai 2009

Fakta

FAKTA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yangdiambil dari sinki dan kemudiannyadituangkan ke dalam cerek yangmengandungi 150ml air suling dandibiarkan terdedah kepada nyalaanapi bersuhu 100 darjah celcius akanmenghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirapmerupakan salah satu bahan asasdalam pembinaan sebuah helikopter. Inikerana kajian telah dibuat, seorangpembina helikopter memerlukan airsirap untuk menghilangkan keletihansemasa membuat helikopter, tanpa airsirap mungkin helikopter tersebuttidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju220 km/j tidak akan dapat memotongkereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yangbertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filemLa Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayahkepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengannama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lamadigunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susucap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang jugadigelar besi berani. Sebagaimana namanya magnetialah besi yang berani menarik butir-butir besi lainkearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik keretabukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekorioleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supayabenda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpaekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak bolehmenyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupuntelah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupuntanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarangburung mempunyai alamatnya yang tersendirisebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza darisegi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orangyang kena tempeleng masih boleh memakan lempengapabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratustahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumahkita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan hartadunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakatjika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupakekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagaiubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayamyang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telahmencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan sikusampai ia kena.......Tak normla la korang maknanya

Melalui Kawasan Perkuburan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu.

Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.
Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??
"Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

Pengantin Dan Makanannya

Kamil merupakan pengantin baru yg baru sahaja melangsungkan perkahwinandengan gadis pilihan hatinya. Pada hari berlangsungnya majlis kendurikahwin, habis dibedalnye semua makanan pengantin bak org kebulor 10 hari tak makan. Tak dikiranya mak mertua ke sedara mara ke. yang penting diadapat merasai kesemua makanan pengantin yang khas di buat untuk rajasehari. "Bila lagik aku dapat merasa makanan punya sedap ni.kalau aku malualamatnye lapor ler" bisik hati kecilnya.

Tiba malam selepas selesainya majlis kendara tu, perut si kamil niememulas-mulas. Sampai kentut-kentut dibuatnya. Sakit perutnya di bawaksampai keesokan harinya. Pagi tu mak mertua kesayangannya telah menyediakan sarapan pagi untukmereka sekeluarga.

Keluarlah kamil dari biliknya hanya memakai kainpelikat supaya senang nak ke jamban kalau terdesak.Sambil duduk bersebelahan isteri tercintanya di kelilingi oleh mak mertua, bapak mertua dan dua org adik isterinya kamil menjamah sarapan pagi tu.

Tiba-tiba perut si kamil buat hal lagik. Nak ke bilik air rasa seganlak, lalu dia pun melepas angin kentut se'slow' yg mungkin dan kebetulan ade seekor kucing bernama cemong di bwh meja makan itu. Mak mertua nye pun bersuara " cemong!" Fuh lega sungguh hati si kamil kerana si cemong yg menjadi mangsa mak mertuanya.

Sekali lagi perut kamil memulas-mulas lalu dilepaskan gas se slow seperti yang pertama tadi. "Cemong!" teriak mak mertuanya sekali lagi kepada si cemong. Lega hati si kamil.

Sambil dok menghayati hidangan pagi tu, Kamil sekali lagi buathal.dek kerana sebelum nie dah dua kali dilepaskan gas, dan mangsanya si cemong, kamil dengan selamba buat dek melepaskan gas dengan sekalihembusan.

Kali ini mak mertuanya berteriak " Cemong, beralih ko dari situ, kang diberaknye pulak kat ko". Alangkah malunye si kamil mendengar ulasan dari mak mertua kesayangannye itu. ape lagik merah padam la muke si kamil lalu terus dia menuju ke bilik kerana 2 sebab.

Pertama, malu sebab mak mertua sindir.
Kedua, dia dah takleh tahan untuk melepaskan niatnya itu."Menyesal aku bedal sume makanan pengantin semalam" ujarnya sambil dok termenong dalam jamban .

Rabu, 15 Julai 2009

Pesakit Dan Doktornya

Di hospital tanjung rambutan.. seorang doktor sakit mental yg ternama, Dok Zach sedang cuba menguji tahap kesembuhan tiga orang pesakitnya iaitu Amed dustang, Selsemabuwongayam dan Mogimegi resakser...

Dokto :"bila awak hendak pergi ke padang pasir.. apa yang awak akan bawa?

amed dustang : "saya akan membawa air"

Doktor : "kenapa"

amed dustang : "Kalau dahaga.. boleh minum"

Doktor : "Bagus.. awak pula...""

Selsemabuwongayam: "saya akan membawa payung"

Doktor : "Kenapa pula"

Selsemabuwongayam : "kalau panas boleh guna payung"

Doktor : "OK.. awak pula...?"

Mogimegi resakser : "saya akan membawa pintu kereta"

Sambil tergaru-garu kehairanan.. doktor bertanya..

Doktor : "kenapa ya?"

Mogimegi resakser : "kalau panas... saya akan buka tingkapnya"

Kisah 20 Tahun

Sepasang suami isteri sedang menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke 20 tahun. Malam itu si isteri yg terjaga dr tidur mendapati suaminya tiada di katil. Dia lalu turun kebawah dan melihat suaminya duduk termenung ditepi tingkap memandang keluar, kelihatan air mata suaminya mengalir perlahan...

Isteri : kenapa ni bang, kita kan baru je sambut anniversary 20 tahun kawin

Suami : kau ingat tak 20 tahun dulu masa aku termengandungkan kau, bapak kau cakap kalau aku tak nak kawin dgn kau, dia akan bawak kes aku rogol kau dan pastikan aku kena penjara 20 tahun

Isteri : ingat

Suami : kau tau tak, kalau dulu aku masuk penjara, ari ni aku dah bebas dah!!!

Isnin, 6 Julai 2009

Pagar



Jumaat, 27 Februari 2009

Melayu Johor - Muar

PENGENALAN SEJARAH MUAR

Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani merupakan sebuah bandar yang padat dengan kisah sejarah yang melakarkan perbagai peristiwa yang sewajarnya dapat memberikan kita keinsafan dan tauladan.
Gambar Atas: Muar ketika ini (Foto oleh Anakmuar)
"Di sini bermula dan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka"
Muar pernah menjadi saksi kepada permulaan keagungan Kesultanan Melayu Melaka apabila Parameswara Iskandar Syah memudiki Sungai Muar sebelum memerintah negeri Melaka dari tahun 1394 hingga 1414. Malah baginda juga dikatakan pernah cuba membuka kota di Muar yang dikenali sebagai Biawak Busuk dan Kota Buruk tetapi gagal.
Gambar Atas: Lakaran potret Parameswara
Sungai Muar juga pernah menjadi saksi kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis pimpinan Alfonso D'Albuquere pada tahun 24 Ogos 1511. Di sungai inilah angkatan Sultan Mahmud Shah mengundur diri daripada serangan Portugis. Baginda membina kubu pertahanan di Bentayan (kini tapak kubu itu dijadikan Stesen Bas Ekspress Bentayan (Bas Ekspress/Bas Pagoh) dan teksi) tetapi pihak Portugis berjaya mengesannya.

Gambar Atas: Di Stesyen Bas Ekspress & Teksi Bentayan inilah dikatakan terletaknya Kubu Pertahanan Bentayan (Foto oleh Anakmuar)
Baginda dan pengikutnya melarikan diri ke Kota Biawak Busuk dan seterusnya ke Kota Pagoh (Kuala Pagoh). Kota Pagoh dikatakan antara kota yang menarik kerana diperbuat daripada tanah liat. Kesannya masih boleh dilihat sehingga kini walaupun telah terhakis ditelan zaman.
Di bumi bertuah ini juga pernah menyaksikan kehebatan wira bangsa dalam mempertahankan maruah bangsa, negara dan agamanya yang tercinta walaupun nyawa menjadi taruhan. Itulah Muar yang tercinta...Muar sebelum dikenali sebagai Bandar Maharani Muar dikatakan mempunyai beberapa nama lain, dan nama Muar itu sendiri dipercayai berasal dari perbagai sumber seperti:
SEJARAH NAMA MUAR
TELUK DALAM - Hikayat Malim Dewa-dewa Deman:Muar dahulunya dikenali sebagai Teluk Dalam berdasarkan ayat di dalam Hikayat Malim Dewa-dewa Deman. Teluk Dalam ini mungkin berasal dari keadaan sungai Muar yang berkualakan satu muara atau teluk yang terbuka luas.MUAR belum bernama MUAR MUAR bernama TELUK DALAM
MUARA - Bahasa Melayu Sunda:Nama Muar dikatakan ringkasan bagi MUARA di dalam bahasa Melayu Sunda yang bermaksud "kuala sungai yang membuka atau meneluk luas"
MUAK - Rupabentuk Sungai:Muar bermaksud satu rupabentuk bagi perkataan "muak" maksudnya jemu berkayuh dalam sungai yang begitu besar dan berbelit-belit.
MUAR atau MUNAR - Bahasa Hindu:Muar ialah ringkasan daripada Bahasa Hindu "Munu" yang bermaksud Tiga dan "Ar" yang bermaksud "Sungai". Nama Muar berpunca dari nama sebuah negeri besar di Selatan India pada zaman purba yang dinamakan Muar atau Munar ('Negeri Tiga Sungai' kerana negeri ini terdiri daripada tiga batang sungai penting yang bercantum menjadi satu). Apabila orang-orang Hindu purba itu datang ke negeri ini untuk mencari emas, mereka menjumpai tiga batang sungai yang bercantum iaitu Sungai Muar, Sungai Serting dan Sungai Pahang seperti Sungai Muar atau Munar di negeri mereka. Lantas mereka menamakan sungai ini sebagai Muar bersempena nama Muar atau Munar di India.
Muar atau Bandar Maharani telah dicatatkan oleh beberapa penulis dan menjadi bahan sejarah terpenting masa kini.
Antara catatan yang melakarkan coretan sejarah Muar adalah seperti berikut:
Gambar Atas: Peta lama Portugis yang menyatakan Muar sebagai Kota Ke-2 Portugis di Semenanjung Tanah Melayu se;ain dari kota Melaka. Ia dikatakan dibina pada tahun 1604 oleh Eredia dan berbentuk segi tiga. Persoalannya ialah dimanakah ia kini?
Prapanca (1361)(Syair Nagarakertagama):Syair terkenal Nagarakertagama - hasil tulisan Prapanca pada tahun 1361 (sami Buddha dan pendita Istana Majapahit) menceritakan Muar sebagai sebahagian jajahan takluk Majapahit oleh Hayam Wuruk dan Perdana Menterinya, Gajah Mada (1350 - 1389). Kisah ini tercatat dalam majalah JMBRAS, October, 1935, Volume XIII Part 2, muka surat 15 - 16.
Barros (1553):Barros yang menulis dalam tahun 1553 telah mengatakan bahawa Parameswara (Paramicura) yang dihalau lari dari Temasik (Singapura) setelah ia membunuh raja negeri itu, telah lari dan berhenti di Muar dan membina sebuah kota kayu di kawasan pedalaman bernama Pagoh.
Tun Sri Lanang (Sejarah Melayu) versi Shellabear:Sejarah Melayu pula menyatakan bahawa kerajaan Temasik (Singapura) dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar Syah telah dikalahkan oleh Kerajaan Majapahit. Maka Sultan Iskandar Syah telah lari ke Muar dan membuka dua kawasan di tebing Sungai Muar iaitu Biawak Busuk dan membina sebuah kota yang dinamakan Kota Buruk. Selepas daripada inilah baru Sultan Iskandar Syah berpindah dan membina Melaka. Pada tahun tahun 1488, Sultan Alauddin Riayat Syah 1 telah mangkat di Pagoh , Ulu Muar dan dimakamkan di situ.
Tome Pires (Suma Oriental):Parameswara iaitu Raja Palembang ditonjolkan sebagai tokoh yang membuka Melaka. Sumber ini menyingkap sejarah kemunculan Parameswara sebagai raja Palembang menggantikan ayahandanya Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill akibat menggelarkan dirinya sebagai ' Mjeura' ( orang yang berani). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, beliau menjadi pemerintah palsu tersebut selama 5 tahun. Oleh kerana bimbang diserang oleh Raja Siam, beliau dengan 1,000 orang pengikut melarikan diri ke Muar. Beliau menetap di sana selama 6 tahun iaitu ketika itu orang-orang Seletar mendiami Melaka.
Ortelius (1584)(Peta Lama):Peta-peta lama seperti Peta Ortelius A.D. 1584 menunjukkan "MUAR" sebagai sebuah bandar terletak ke arah Selatan Melaka.
Linschoten (1595)(Peta Lama):Peta Linschoten A.D. 1595 pula menunjukkan "MUAR" sebagai sebuah bandar yang berhampiran dengan negeri Melaka.
MUAR DAN SEJARAH KOMODITI
Muar di dalam sejarah Kerajaan Melayu Melaka mendapat perhatian Belanda dan Portugis kerana emas yang boleh didapati di lereng Gunung Ledang (Emas ini mengikut lagenda merupakan hantaran jambatan emas oleh Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang). Muar juga suatu ketika dahulu merupakan pengeluar lada hitam dan gambir yang utama. Belanda dan Portugis menjadikan Sungai Kesang hingga ke Sungai Ledang sebagai laluan utama pengangkutan barang dagangan.
Sungai Muar di zaman dahulu telah menjadi laluan utama untuk ke Pahang kerana hulunya dikatakan terletak di Tasik Bera, Pahang. Antara lagenda yang dikaitkan dengan Sungai Muar ialah ia pernah disusuri oleh Malim Deman untuk mencari Puteri Bongsu yang dikatakan menyorok di Panchur.
Di zaman kekuasaan Bugis (terkenal dengan lima bersaudara), Daeng Marewah, Daeng Parani, Daeng Celak, Daeng Manambun dan Daeng Kenasi dikatakan telah datang ke Muar dan menetap di Liang Batu, Lenga.
SULTAN MANGKAT DI MUAR
Sultan Alaudin Riayat Shah 1 yang pernah memerintah Melaka dikatakan telah mangkat di Pagoh, Muar. Kematiannya menjadi misteri dan lagenda. Ada yang mengatakan baginda meninggal dunia semasa datang untuk bersiar-siar manakala ada pula yang menyatakan beliau mati tercucuk daun. Beliau juga dikatakan berdarah putih dan mempunyai kaitan dengan Mahsuri di Langkawi. Bagaimanapun kesahihannya masih belum dipastikan oleh pengkaji sejarah.
'PERANG SAUDARA DI MUAR'
Pertikaian antara putera Sultan Hussein iaitu Tengku Ali dan Daeng Ibrahim menghasilkan pemerintahan wilayah Muar (yang terletak di antara Sungai Kesang dan Sungai Muar) oleh Tengku Ali pada 10 Mac 1855. Ia merupakan hasil Perjanjian Persetiaan dan Persefahaman antara Tengku Ali dan Daeng Ibrahim. Perjanjian itu mengiktiraf Tengku Ali sebagai Sultan tetapi mensyaratkan gelaran itu tidak boleh diperturunkan kepada warisnya.
Gambar Atas: Lakaran wajah Daeng Ibrahim (Foto dari lain-lain sumber)
'Perang Saudara di Muar' merupakan pertikaian antara Sultan Ali dan Maharaja Abu Bakar mengenai takhta kerajaan Johor dalam tahun 1870'an. British telah menyokong Abu Bakar dan berusaha mendapatkan sokongan Penghulu di kawasan Kesang. Sultan Ali bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas pos pertahanan Abu Bakar seperti di Lenga dan Jementah. Kekalahan Sultan Ali menyebabkan daerah Kesang dimasukkan dalam wilayah pemerintah Johor seperti yang ada pada hari.
Gambar Atas: Lakaran wajah Tengku Ali atau Sultan Ali menjadi Sultan Pertama dan Terakhir yang memerintah Negeri Muar (Foto dari lain-lain sumber)
SALASILAH KESULTANAN JOHOR
PERASMIAN BANDAR MAHARANI MUAR
Bandar Maharani Muar Moden telah dibuka oleh Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar pada tahun 1885. Ia dirasmikan oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 1887.

Gambar Atas: Gambar Maharaja Abu Bakar: Bapa Pembangunan Johor Moden – mendapat gelaran Maharaja dari Raja Victoria pada 1868. (Foto dari lain-lain sumber)
Bandar Muar diberi nama Bandar Maharani yang bermaksud BANDAR ISTERI MAHARAJA sempena isteri Maharaja Abu Bakar iaitu Sultanah Fatimah. Istiadat perasmian pembukaannya dilakukan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1887 dengan upacara menanam "Azimat" di suatu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Tangga Batu yang terletak di tebing sungai Muar iaitu di Perhentian Bas Muar/Melaka/BatuPahat).
Gambar:'Tangga batu' merupakan Pengkalan feri Muar-Tg.Agas pada 1967. Kini ia telah tiada apabila projek Kompleks Perhentian Bas Maharani siap dibina.
Bandar Maharani telah berkembang dengan pesat dengan adanya sebuah pelabuhan kecil di Kuala Muar. Ia merupakan ibu negeri bagi negeri Muar (Muar ketika itu diberi taraf negeri di bawah kerajaan Maharaja Sultan Abu Bakar).

Gambar Atas: Masjid Jamek Muar - merupakan masjid pertama di Muar. Di buka sekitar tahun 1890 (Foto oleh Anakmuar)
Copy (anakmuar.com)