Jumaat, 21 Oktober 2011

Ombak Rindu

Fuhh, dalam seminggu ni, blog aku ni, semua aku korek pasal drama/filem yang diadaptasikan dari Novel. Nora Elena, Stanza Cinta dan kali ini Ombak Rindu pula. Untuk pengetahuan korang, filem Ombak Rindu ini juga diadaptasi dari novel Ombak Rindu keluaran Alaf 21, pengarang Fauziah Ashaari. Ada yang sudah baca.? Bolehlah korang bagi pendapat ataupun sedikit jalan cerita di ruangan komen dibawah yer. Saya belum baca lagi novel tuh.

SINOPSIS NOVEL DISINI

Berikut merupakan Sinopsis Filem Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Pelakon

Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

Nah, korang layan dulu gambar beberapa scene dalam filem Ombak Rindu ni.


Oppss scene atas katil!. Ini hanya lakonan semata-mata yer. Scene ni Aaron dengan Maya Karin

Tapi masalahnya, bila tarikh tayangannya ni..?? Aku tahu cerita ni dari tahun lepas lagi. Pihak Astro Shaw menjangkakan tahun 2011 filem ini akan ditayangkan. Aku pasti, dalam masa terdekat ni la kot.

Kepada pembaca yang tahu tarikh tayangannya, boleh lah beritahu dibawah ini, saya akan update kemudian jika ada maklumat yang benar dan sahih.



Sent Via iPhone 3Gs