Selasa, 6 September 2011

Ingin ambil pil hormon besarkan payudara

SAYA gadis berumur 25 tahun yang mempunyai ketinggian 157 sentimeter dengan berat 48 kilogram dan belum berkahwin.

Saya mempunyai masalah payudara terlalu kecil dan sering tidak puas hati dengan saiz payudara yang saya miliki.

Apakah kesan sampingannya jika saya mengambil pil hormon untuk merangsang pembesaran payudara?

SITI,


Johor Bahru.


PIL berhormon estrogen sememangnya boleh membesarkan saiz payudara. Bagaimanapun, pil berhormon ini juga boleh memberikan kesan sampingan yang berbahaya.

Anda mungkin sependapat dengan saya bahawa mempunyai payudara yang kecil tetapi tidak berpenyakit lebih bertuah daripada mengubahnya menjadi payudara yang dianggap cantik tetapi kemudiannya berpenyakit bahaya.

Berbincanglah semula dengan doktor anda supaya apabila anda membuat pilihan, biarlah setelah anda benar-benar pasti sama ada anda bersedia menghadapi kemungkinan kesan sampingan yang bahaya itu.