Selasa, 13 September 2011

60% Remaja Malaysia Pecah Dara Awal


Apa sudah jadi dengan Malaysia sekarang ni? Semakin hari semakin maju tapi dalam kemajuan itu berjuta masalah yang timbul. Masalah utama adalah gejala sosial yang semakin membimbangkan. Tahukan anda bahawa majoriti masalah sosial ini berlaku dalam kalangan remaja?

Hasil kajian portal YouthSays.com pada tahun 2010 menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun. Hasil kajian yang melibatkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun itu cukup menggemparkan masyarakat di negara ini. Paling mengejutkan apabila 24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan lima orang kekasih.

Hasil kajian mungkin membawa pelbagai spekulasi dan pandangan masyarakat secara umumnya. Walaupun kajian tidak menjelaskan secara spesifik agama yang dianuti oleh responden tetapi gejala ini cukup membimbangkan pelbagai agama yang ada di Malaysia.

Paling menyedihkan lagi apabila 83 peratus daripadanya menyatakan tidak mengalami apa-apa kesan negatif daripada tindakan mereka dan separuh daripadanya merasa “bahagia” melakukan amalan seks bebas itu.

Apakah tindakan kerajaan dalam menangani hal ini? Kerajaan sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam menangani gejala yang tidak sihat ini. Pihak berwajib seperti institusi pendidikan, institusi keluarga dan sebagainya turut berperanan penting dalam menangani perkara ini.

(Aku pon tak tahu siapa yang buat kajiam ni)