Jumaat, 1 Mei 2009

Petue Hidup Berkeluarga

Petua menjaga hati isteri
· Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah
· Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
· Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.
· Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
· Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
· Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
· Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
· Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
· Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
· Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah
· Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.


Petua mencurahkan jalinan kasih
§ Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.
§ Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan, Senyuman, Perbualan mesra, Gurauan, Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain
§ Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.
§ Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat - Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung - Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa
§ Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.


Petua mengetahui cinta pasangan hidup
Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :
Ø Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.
Ø Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.
Ø Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.
Ø Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.
Ø Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.
Ø Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.
Ø Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.
Ø Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.
Ø Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.
Ø Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.
Ø Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.
Ø Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.