Isnin, 2 Mac 2009

Arab marah Iran Lebih Maju


Arab terus menerus memarahi Iran. Sebenarnya permusuhan Arab dengan Iran adalah cerita lama kerana ia berlaku sejak sebelum kedatangan Islam. Setelah menjadi Islam, kurang permusuhan. Tetapi kembali selepas muncuk nasionalisme. Kini perbalahan Arab-Iran mempunyai dimensi berbeza. Sila baca tulisan di bawah..

Tidak mudah bagi negara-negara Islam mahu main peranan membantu perjuangan Palestin kerana sesetengah negara Arab terutama yang besar dan berpengaruh cemburu dan menganggap mahu mencari pengaruh di dunia Arab. Dulu cemburu buta negara-negara Arab itu hanya tertumpu kepada Iran. Bagaiamanapun, bisa difahami dan boleh diterima kenapa muncul kecemburuan seperti itu dan di antara yang menjadi faktor-faktornya ialah letusan revolusi Islam pada tahun 1979 yang menimbulkan rasa curiga di seluruh dunia Arab dan Islam dan ia menjadi bertamabh teruk bila Almarhum Imam Ayatullah Khomaini mahu mengeksportkan revolusi Islam gayanya ke merata dunia. Banyaj faktor lain menyebabkan Iran ditakuti negara-negara Arab dan Islam.

Tetapi apa hal pula dengan Turki, yang pemerintahan Islamnya terbuka dengan semua negara dan mesra sekular itu?Semua bermula dengan perang Israel ke atas Gaza baru-baru ini yang penampilkan pendirian baru Turki di mana Recep Tayyip Erdogan dilihat sebabai pembela bangsa Palestin dan heronya. Sedangkang para pemimpin Arab kehilangan nama di kalangan anak bangsa mereka sendiri. Gambar dan bendera Turki buat pertama kali dijulang oleh para penunjuk perasaan di negara-negara Arab.Akhbar-akhbar pro kerajaan Mesir dan Arab Saudi tidak habis-habis menyerang Turki dan Erdogan akhir-akhir ini, di samping serangannya yang semakin meningkat terhadap Iran.Dalam tulisan ini, saya ingin membincang tentang masalah negara-negara Arab dengan Iran ini. Manakala dalam tulisan akan datang saya akan membincang tentang ketakutan negera-negara Arab dengan Turki yang memperjuangkan Othmaniah Baru (Neo-Ottoman) untuk kembali kepada kegemilangan Kerajaan Othmaniah melalui seruan agama sebagai ganti kepada seruan nasionalisme yang menyepitkan wilayah geografi Turki seperti yang ada sekarang.

Saya akan turut menyentuh apakah mungkin seruan agama Othmaniah Baru lebih baik daripada seruan agama pelbagai pergerakan dan parti politik berlabel Islam yang memenjarakan Islam dalam pergerakan dan parti masing-masing.Dalam tulisan ini saya akan membuat perbandingan antara negara-negara Arab dengan Iran, yang mana lebih majju dengan memfokuskan kepada Iran dan Mesir dalam masa 30 tahun sempena genap 30 tahun revolusi Iran dan 30 tahun Mesir berdamai dengan Israel. Sebenarnya Iran dan Turki ini sama-sama berusaha untuk menjadi antara kuasa tentera besar di rantau Asia Barat dan dunia. Walaupun Iran tidak dapat dibandingkan dengan Turki dari segi kekuatan ketenteraan kerana tentera Turki kini kedua terbesar dalam Nato selepas tentera Amerika Syarikat (AS), tetapi dalam perkembangan beberapa tahun kebelakangan ini, Iran dilihat terus maju dalam usaha pemimilikan senjata canggih.

Cara Iran untuk memiliki senjata pula bukan seperti negara-negara Arab terutama di kawasan Teluk yang menjadi antara pembeli senjata paling terbesar dunia, tetapi tidak pandai untuk mengendali dan menggunanya dan kena mengupah orang luar untuk berbuat demikian.Manakala pemilikan senjata Iran selain menggunakan cara konvensional, ia juga melakukan melalui penguasaan teknologi canggih bertaraf dunia yang membolehkan negara itu mencipta dan merekakan senjata dan peralatan perang sendiri.Contohnya tindakan Iran melancarkan satelit buatan sendiri baru-baru ini yang mengejutkan seluruh dunia dan menimbul kembimbangan Barat, kemampuannya mencipta peluru berpandu balistik yang berkemampuan menjangkau banyak negara dan memiliki senjata nuklear dalam masa setahun seperti diakui Israel.Semua itu menyebabkan Iran dilihat sebagai mampu menjadi pengimbangi kuasa di Asia Barat sekurang-kuranya jika jika tidak di dunia pun.. Hal ini sudah cukup membimbangkan Israel. Kini ia berkongsi pendirian dengan sesetengah negara Arab untuk menyekat kemaraan Iran itu. Dengan itu akhbar-akhbar Israel sering mengungkitkan bahawa kemungkinan besar Isael akan menyerang Iran atau sekurang-kurangnya menyerang logi nuklearnya walaupun tanpa persetujuan AS.
Dari pihak Arab, Mesir dan Arab Saudi yang mengepalai kumpulan negara Arab menentang Iran. Memperhatikan paparan akhbar-akhbar dua negara itu dalam beberapa minggu ini, tajuk-tajuk yang sering dimainkan penuh dengan peniupan semangat kebencian dari sudut kemazhaban atau keagamaan dan perkauman. Semua macam jenis tuduhan yang sampai peringkat menghinaan menjadi hiasan banyak berita dan tulisan yang disiarkan.Berbincang secara objektif, dalam masa 30 tahun Iran jauh lebih maju dan kedepan berbanding dengan kebanyakan negara Arab. Sebagai contoh jika dikecualikan Dubai dalam Emariah Arab Bersatu (UAE), orang Iran boleh mengangkat kepala dengan megah kerana negara mereka walaupun tidak semaju mana, tetapi berupaya melancarkan satelit pertama negara-negara Islam, memilik peluru berpandu yang mampu merentas benua dan tidak lagi akan memiliki senjata nuklear pula. Itu yang mampu dicapai oleh Iran dalam masa 30 tahun.

Sedangkan negara-negara Arab tidak ada keupayaan itu dan keupayaan-keupayaan lain yang menunjuk ia telah mencampai kemajuan berkesuaian dalam masa 30 tahun. Mesir yang difokus dalam perbandingan dengan Iran didapati walaupun genap 30 tahun berdamai dengan Israel melalui perjanjian Camp David yang kononnya mahu memberi tumpuan kepada pembangunan negara, tetapi apakah yang dapat dicapai negara Lembah Nil dalam tempoh itu.Mesir tidak pernah berperang dalam masa 30 tahun ini, tetapi Iran berperang dengan Iraq selama lapan tahun. Namun begitu, Iran terus mara ke depan dalam semua bidang dan kini ia pula menuju ke angkasa pula. Sedangkan Mesir tidak banyak berubah dan perekonomian dan kewangannya masih banyak bergantung kepada bantuan luar termasuk bantuan yang didapati menjadi perantara atau broker dalam proses damai antara Arab-Yahudi menurut rancangan AS. Jika dihalusi proses damai ini hanya nama dan panggilan saja proses damai, tetapi ia kosong daripada maksud perdamaian kerana bertujuan untuk menyelemat atau menjaga keselamatan Israel saja.

Dengan itu tidak hairan walaupun Israel telah menyerah kuasa terbatas kepada Palestin, dulu kepada Fatah dan selepas itu kepada Fatah berkongsi dengan Hamas, tetapi tetap melayan wilayah Palestin sebagai wilayah perang yang boleh dikenakan serangan, sekatan dan macam-macam lagi. Bila Fatah atau Hamas melancarkan roket buruk atau roket sendiri kerana orang Palestin menganggap mereka berhak melakukan perkara itu kerana mereka dalam keadaan perang, Israel akan menyerang balas dengan dahsyat. Sekurang-kurangnya satu Yahudi terbunuh, mesti 1000 orang Palestin. Dalam serangan Gaza tempoh tentera Yahudi berundur selepas membunuh 13,000 orang Palestin kerana mereka yang terbunuh 13 orang termasuk yang tertembak sesama sendiri.Gencatan senjata melalui perantara Mesir kini pun adalah juga untuk menjaga keselamatan Israel dan melemahkan resistensi Palestin. Di antara matlamat yang dirancangkani ialah menutup atau mengawal torowong antara Gaza dan Mesir di Rafah yang menjadi laluan penyeludupan barangan, makanan dan senjata itu.

AS membekalan teknologi yang paling canggih bagi Mesir untuk melaksanakan rancangan itu. Bagaimanapunm nasib baik kerana Mesir kuat mengamal rasuah dalam semua peringkat. Di samping itu terowong pula beribu-ribu dan yang berdaftar saja dianggar 750 terowong. Dengan itu penyeludupan pasti terbolos juga melalui rasuah para pegawai dan tentera Mesir dan terowong-terowong yang tidak mudah dikawal itu.Ini mungkin yang boleh dianggap rasuah baik atau rasuah positif jika boleh dianggap begitu. Mungkin tidak boleh dianggap rasuah langsung. Saya kurang pasti dan malas mahu jadi ulama dan mufti yang melihat perkara itu dari sudut hukum hitam putih.Selain rasuah itu, terdapat juga apa yang boleh dianggap patriotik dan persaudaraan agama di kalangan para pegawai dan tentera yang mengawal terowong-terowong itu. Dengan itu biarlah kerajaan mereka bekerjasama dengan Yahudi, tetapi mereka bekerjasama dengan bangsa Palestin atas dasar patriotisme dan persaudaraan agama.

Berbalik kepada Iran. Pada penelitaun saya, kejayaan Iran adalah kerana mutu pendidikan sains dan teknologi negaranya serta semangat dan iltizam bangsanya dengan perjuangan ummah atau bangsa dan negara tanpa mengambil kira perbezaan politik. Melihat kepada faktor perbalahan politik antara puak-puak dan parti-parti, Iran tidak berbeza dengan mana-mana negara. Bagaimanapun, bangsa Iran nampaknya ada kematangan dan apa yang dianggap perjuangan ummah atau bangsa dan negara diteruskan walaupun bertukar kerajaan. Itu menyebabkan semua projek yang dimulakan sejak 30 tahun lalu diteruskan dan berjaya mendapat hasilnya.Satu perkara lain lagi, iaitu Iran memberi sokongan yang jitu kepada golongan santis dan karyawan dalam apa juga bidang. Jika golongan ini berada di luar negara, Iran berusaha membawa mereka balik dengan menyediakan kemudahan-kemudahan yang sesuai.Di negara-negara Arab bukan mudah untuk dilaksanakan rancangan-rancangan seperti itu walaupun mereka lebih kaya dan mempunyai sangat ramai ilmuwan dan pakar dalam pelbagai bidang.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka tinggal di Barat. Di negera-negara mereka tidak ada peluang untuk berkarya atau menghasilkan karya yang bermutu. Sebaliknya mereka boleh melakukan perkara itu di Barat. Maka dengan itu tidak hairan jika semua pemenang Hadiah Nobel adalah pengkarya Arab yan tinggal di Barat kecuali Almarhum Naguib Manfouz.Kerana kebimbangan dengan Iran inilah semua persidangan Arab yang diadakan negara-negara kumpulan moderasi beberapa minggu ini termaksuk yang diadakan di Abu Dhabi lima hari lalu adalah menanggulangi amaran kepada pihak luar supaya campur tangan dalam urusan dalam negara-negara Arab. Maksud pihak luar di sini adalah Iran. Sedangkan Israel dan Amerika, yang ada beberapa pengkalan tentera dan armada di rantau itu tidak dianggap campur tangan.Ini kali kedua negara-negara Arab meletakkan Iran di tempat Israel pada masa lalu. Kali pertama tahun 80-an ketika Iraq melancarkan perang ke atas Iran. Sedangkan Israel sebaliknya.