Memaparkan catatan dengan label Sedih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sedih. Papar semua catatan

Selasa, 4 Oktober 2011

INI BUKAN GURAUAN !!!





Sambungan Berita Selanjutnya...

-Ya ALLAH, Aku Lemah-

Selasa, 25 Mei 2010

Amazing menantu

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

Skandal Seorang Doktor

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”

Gajah Mati

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki: Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

Selasa, 3 November 2009

Pencuri Berkumpulan Di Arab Sana...

Ahad, 9 Ogos 2009

Duda Dan Janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .

Suatu hari..di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda... Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... "... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."... Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ... Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko... ko sudi tk?.."... Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... "... Setelah berborak seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tue... memori pendek sket... Setelah berfikir sejenak... si duda tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...

"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua mudah lupa... ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."... Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat ko telepon aku ..Pak Uda... "... si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya... "Kenapa... "... Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

Jiran

Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanyakerna tak lulus exam..

dalam report kad semuanya merah2 belaka..

jd,bapanya membanding2kan anaknya dengan anak jirannya yangcerdik dan pandai…

bapa : “kamu tak penah belajar ke? lihatanak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah2. dia anakyg cerdik..tak macam kamu, malas betull.. ” kerana kesaldibanding2

si anak menjawab: “yelaaaa bapa… anak jiran sebelah kanbapanya cerdik…..” bapa : ??

Lif

ketika saya baru masuk ke lift,
sorang wanita masukdan menekan butang 2 dan kemudian butang 4,

manakala sayalak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18.

lift pun naik ladan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar.

kemudian liftberhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar jugadan lift pun mula naik.

maka bertanyalah saya pd wanita tue,

“akak(sbbnampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik..”

“ooo.. saya nak ke tingkat 24″, jawabnya selamba..”

tp td akak tekanbutang 2 dan 4″ tanya saya lagi tak puas ati..

“astaga!!! nilahakibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator”sambil menggarukepala…

Ucapkan Selagi Ada

Sepasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya.

Gadis : Perlahankanlah sikit moto nie..saya takut la..

Si Lelaki : Tak nak..bawak laju-laju macam nie ler seronok..

Gadis : Tak..tak seronok pun..tolonglah..saya takut sangat nie..

Si Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motosikal nie..awak kena kata awak cintakan saya dulu..

Gadis : Ok. Saya cintakan awak !

Si Lelaki : Ok..sekarang peluk saya kuat-kuat.*

Si Gadis Memeluk Lelaki tadi dengan erat *

Si Lelaki : Awak..boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya tak??

Kemudian pakaikan kat awak..Saya rasa tak selesa lah..

*************************************************

Dalam surat khabar keesokkan harinya :Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek.Dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan hanya satu daripada mereka terselamat.

*************************************************

Moral :Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si Lelaki telah mendapati yang brek motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu.

Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan " Saya cintakan awak" dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya, dia juga memberikan topi keladernya kepada Si Gadis mengharapkan kekasihnya itu selamat..walaupun itu bereti dia akan terkorban.

Jadi sekiranya anda ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda cintakannya.Semoga kita masih punya waktu untuk mengucapkannya.

Selasa, 28 Julai 2009

Pengantin Dan Makanannya

Kamil merupakan pengantin baru yg baru sahaja melangsungkan perkahwinandengan gadis pilihan hatinya. Pada hari berlangsungnya majlis kendurikahwin, habis dibedalnye semua makanan pengantin bak org kebulor 10 hari tak makan. Tak dikiranya mak mertua ke sedara mara ke. yang penting diadapat merasai kesemua makanan pengantin yang khas di buat untuk rajasehari. "Bila lagik aku dapat merasa makanan punya sedap ni.kalau aku malualamatnye lapor ler" bisik hati kecilnya.

Tiba malam selepas selesainya majlis kendara tu, perut si kamil niememulas-mulas. Sampai kentut-kentut dibuatnya. Sakit perutnya di bawaksampai keesokan harinya. Pagi tu mak mertua kesayangannya telah menyediakan sarapan pagi untukmereka sekeluarga.

Keluarlah kamil dari biliknya hanya memakai kainpelikat supaya senang nak ke jamban kalau terdesak.Sambil duduk bersebelahan isteri tercintanya di kelilingi oleh mak mertua, bapak mertua dan dua org adik isterinya kamil menjamah sarapan pagi tu.

Tiba-tiba perut si kamil buat hal lagik. Nak ke bilik air rasa seganlak, lalu dia pun melepas angin kentut se'slow' yg mungkin dan kebetulan ade seekor kucing bernama cemong di bwh meja makan itu. Mak mertua nye pun bersuara " cemong!" Fuh lega sungguh hati si kamil kerana si cemong yg menjadi mangsa mak mertuanya.

Sekali lagi perut kamil memulas-mulas lalu dilepaskan gas se slow seperti yang pertama tadi. "Cemong!" teriak mak mertuanya sekali lagi kepada si cemong. Lega hati si kamil.

Sambil dok menghayati hidangan pagi tu, Kamil sekali lagi buathal.dek kerana sebelum nie dah dua kali dilepaskan gas, dan mangsanya si cemong, kamil dengan selamba buat dek melepaskan gas dengan sekalihembusan.

Kali ini mak mertuanya berteriak " Cemong, beralih ko dari situ, kang diberaknye pulak kat ko". Alangkah malunye si kamil mendengar ulasan dari mak mertua kesayangannye itu. ape lagik merah padam la muke si kamil lalu terus dia menuju ke bilik kerana 2 sebab.

Pertama, malu sebab mak mertua sindir.
Kedua, dia dah takleh tahan untuk melepaskan niatnya itu."Menyesal aku bedal sume makanan pengantin semalam" ujarnya sambil dok termenong dalam jamban .

Orang Gaji Baru

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.

Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik

Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.


OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu! Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!


Suami : Ni kan nombor 9549455?
OG : Bukan, encik. Sini 9459455.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

Rabu, 15 Julai 2009

Doktor Dan Pesakitnya 1

Ada dua orang gilayang sedang berbual di rumah sakit mental

orang gila 1: sambil naik atas meja kamu tahu tak

orang gila 2: tahu apa?

orang gila1 : aku ni matahari sambil mengangkat taganya tinggi-tinggi

lihatlah terangnya dunia ini desebabkan aku

orang gila2: (dalam hati)jangan-jangan dia ni bertambah gila ni.aku

mesti laporkan kepada doktor

orang gila 2 pun berjumpa dengan doktor

orangila2 :doktor kawan saya bertambah gila agaknya

doktor : mengapa

orang gila2: dia naik atas meja sambil mengangkat tangannya dia

dia kata dia matahari dunia terang sebab dia

doktor: kalau begitu suruh kawan kamu turun

tak boleh doktor kalau dia turun gelap la dunia ni

doktor : ?????????????????

Kisah RM50 dan RM1

Duit RM1 bertemu dengan RM50 lalu bertanya:

"Oii,lama tak nampak, mana kau pergi?"

RM50 puluh menjawab " Dah merata tempat aku pergi....
Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise,
gi BKK naik AirAsia, lepak kat VIVO CITY,
tgk konsert Siti Nurhalizala , S'pore Idol la.. ...
banyak sangat tempat sampai tak terkira..... Eh, kau camner lak?"

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama..
Surau, Masjid, Surau... ".

Selasa, 23 Jun 2009

Need Some Sleep










Isnin, 15 Jun 2009

Isteri Balik Kg Suami Tiduri Janda (Dang Setia)

Isteri balik kampung, suami tiduri janda
SOALAN
SAYA isteri yang sudah 11 tahun berkahwin dan ada tiga anak perempuan. Sekarang saya hamil anak keempat. Masalah saya ialah suami buat perangai yang memeningkan kepala saya.
Pada mulanya, kawan dia suruh tolong ‘cover line’ dia.
Kawan dia nak putus dengan kekasih dia, jadi dia suruh suami saya mengurat wanita itu. Masalah timbul bila wanita itu suka kepada suami saya.
Suami saya pun suka kat dia. Baru dua minggu berkenalan, suami saya merancang mengambil wanita itu sebagai isteri keduanya.
Bila suami menyatakan hasrat hatinya, saya menjadi tidak tentu arah. Paling menyedihkan saya, masa saya balik kampung, suami berlaku curang dengan meniduri wanita itu.Suami tidak sampai hati nak berbohong dengan saya.
Dia menceritakan semuanya kepada saya. Katanya, dia sebenarnya cuma nak ringan-ringan, tetapi wanita tu yang minta (lakukan hubungan seks).
Wanita itu janda anak satu. Tolonglah saya Dang Setia, suami saya tidak pernah berperangai seperti itu sebelum ini.Saya sungguh tertekan sekarang.
Kebelakangan ini suami pandai pula menjejakkan kaki ke disko.AZKajang, Selangor

JAWAPAN
Kebelakangan ini masalah suami menjalin hubungan cinta dengan wanita lain seolah-olah menjadi fenomena biasakerana ia kerap berlaku. Apa sebab musababnya, sukar untuk diberi satu jawapan objektif.Hakikatnya, tiada isteri yang gembira jika suami menjalin hubungan dengan wanita lain, namun apabila ia menimpa diri kita, Dang Seti nasihatkan seseorang isteri supaya tidak bertindak terburu-buru.Berfikirlah secara terbuka, ingat kepada hukum Allah dan jangan sekali-kali beranggapan ‘d’unia sudah kiamat’.

Memang masalah ini berat dan sukar, namun ingatlah, seberat dan sesukar mana masalah menimpa kita, pasti ada hikmah di sebaliknya.Justeru, berfikirlah secara positif kerana hidup mesti diteruskan. Lagipun, hidup di dunia ini hanya sementara saja dan sekadar jambatan untuk kita menjalani kehidupan abadi atau sebenar-benarnya di akhirat.Secara rasional, ada dua pilihan yang boleh puan buat, sama ada memaafkan suami, berkorban demi kebahagiaannya dan memujuk wanita itu berkahwin dengan suami puan atau langsung tidak memaafkan suami kerana hati puan terguris.

Jika yang kedua menjadi pilihan puan, kemungkinan yang wajib puan fikirkan ialah menuntut perceraian. Apa pilihan terbaik? Jawapan mutlaknya milik puan sendiri dan Dang Setia sekadar memberi pandangan.Dang Setia faham apabila hati dilukai dan kepercayaan dikhianati, sukar untuk kita melupakan begitu saja apa yang berlaku. Bagaimanapun, dalam masa sama perlu juga difahami dan disedari ada ketikanya perasaan kita bukan segala-galanya.

Biarpun sakit, sukar dan berat hati, ada ketikanya kita perlu ketepikan emosi demi perkara lain yang lebih penting serta perlu diutamakan. Pada pandangan Dang Setia, itu yang puan perlu lakukan pada masa ini.Maksudnya, jika diikutkan hati , memang puan berhak untuk tidak memaafkan suami dan meminta cerai, namun persoalannya adakah dengan berbuat begitu masalah puan akan selesai?Apabila membaca keseluruhan surat puan, Dang Setia dapat rasakan betapa puan masih menyayangi suami (biarpun perbuatannya keji) dan tidak sanggup bercerai.

Jika benar telahan Dang Setia, mungkin apa yang perlu puan lakukan ialah persiapkan dan mendidik diri untuk hidup berpoligami.Puan, apabila Allah mengizinkan poligami, kita perlu yakin tentu ia sebenarnya memberi kebaikan kepada manusia, bukan kemudaratan sebagaimana gambaran kini.

Pandangan negatif terhadap poligami wujud bukan kerana sistem yang diizinkan Allah itu tidak baik, tapi kerana kelemahan pengamal poligami itu, tidak kira suami mahupun isteri terbabit.Apapun, Dang Setia sedar kebaikan berpoligami hanya mampu terlaksana jika suami menjalankan tanggungjawab dengan betul, namun itu sukar dilakukan.

Oleh itu, jika puan berasakan suami tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya, tidak salah untuk puan memikirkan kemungkinan berpisah dengannya.

Rabu, 27 Mei 2009

Peringatan - Parking Mid Valley

I would like to share a life saving incident that all our loved ones needs to be aware. Last Saturday, 11th April 2009, my girlfriend and I were in Mid Valley “The Gardens” for a movie. We finished around 8.40pm. I had parked my car just right above the ‘GSC Signature Cinema’ on the 5th floor.. As we were getting into our car, we realized that the parking fee had not been paid. We decided to stop by the Auto pay station on the lower parking level to do the payment. We drove 2 floors down and couldn ' t’t locate the Auto Pay Station. We decided to park our car at 2nd floor wondering if there should be a pay station in the mall at the lobby area. My girlfriend decided to wait in the car as she was on the phone. Was walking into the mall looking for an Auto Pay Station, failing to find one, I decided to walk 1 floor down. About minutes time, my girlfriend called me on my mobile phone and she sounded terrified . She was shouting for help. She told me that there is a guy who is trying to get into the car. The guy was trying to get into the car very calmly, pretending getting into his own car. He failed to open and refuses to continue trying as he noticed that she was on the phone calling for help. Luckily, she had locked the door just right after I got out earlier. I run up as quickly as possible to reach her. The moment I reached to the parking area, I saw the guy walking away slowly from the car. He was walking towards the ramp heading to the upper level. As I ran up the ramp, though I could still see him I realized that I was running away from my car again. It could be teamwork just to divert my presence from my car. I got back to my girlfriend quickly to calm her down. We made an official report to the Mid Valley security management to investigate on the CCTV. It was a lesson learned for us to be more careful in the parking zones. I’m happy that my girlfriend is still here with me today. Please be watchful in parking zones. Tips that we should be aware: Never leave valuable items or your family members alone in the car at parking location. Thank you. Kind regards, Remmy Anderson SRE FM Service Manager

Jumaat, 1 Mei 2009

Pemandu Teksi Dan Bahasa

pemandu teksi tak tau cakap omptieh
Pelancong: taxi, plz go to town..
Teksi: ape?encik kene taun?
P: what?
T: kene msuk wad?
P: cmon man..plz faster..
T: gille!kene taun mane bole tampal plaster..

Isnin, 23 Mac 2009

Maafkan Andak Sayang

MAAFKAN ANDAK SAYANG...

Hari ini, ustazmuda nak tukar sikit nama yang biasa ustazmuda gunakan ketika menulis. Ustazmuda. Ustazmuda nak gunakan gelaran atau pangkat dalam keluarga ustazmuda iaitu andak. Gelaran bagi anak ke 6 dalam susur galur keluarga khususnya bagi orang Pahang. Maaf!!! andak tak pasti kalau-kalau negeri lainpun seumpamanya. Coretan andak hari ni sebenarnya terlalu istimewa, coretan khusus untuk anak-anak saudara andak.
Maafkan andak
andai warkah ini terlalu terbuka membicarakan kita.Maafkan andak sayang...Andak sesekali tidak bermaksud untuk membuka aib keluarga kita sayang. Andak terlalu menyayangi kalian. Sukar untuk andak menggambarkan rasa cinta itu. Sungguh. Biarlah andak berterus terang. Sekali lagi andak memohon maaf kerana warkah ini terlau terbuka membicarakan kita.Di Ramadhan dan Aidilfitri yang lalu, andak sangat gembira dan tak tahu nak gambarkan betapa girangnya hati kerana kita dapat berkumpul sama-sama, riuh rendah rumah wan dibuatnya. Wan apa lagi senyum memanjang melihat anak cucunya berkumpul. Saat itu hanya datang setahun sekali.Maafkan andak sayang...
Andak juga gembira, kalian telah bejaya dalam hidup. Kepulangan dengan pelbagai cara dan gaya. Dengan cita-cita yang besar dengan gaya hidup yang tak kurang besar... Hati terdetik Alhamdulillah syukur padaNya anak-anak sedara andak telah berjaya semuanya. Impian dan cita-cita itu sebenarnya tidak pernah bersalahan dengan agama kita.Cuma satu yang andak agak rungsingkan. Sebenarnya dah lamapun untuk andak sampaikan dari hati kehati tapi terlalu berat, mulut ni tidak mampu mengungkap kata bicara, lidah bagaikan kelu tatkala berhadapan dengan kalian. Sudah bertahun juga hati ini sekadar menyimpan dan terkadang melepaskannya melalui kata gurauan. Dan hari ini, andak tidak mampu lagi untuk menyimpan dalam diri ini. Ya!!! Tidak mampu lagi, dan bagi andak inilah cara terbaik... andak melepaskannya. Sesungguhnya selagi tidak dilepaskan, hati andak bagaikan memikul satu bebanan yang maha berat, walaupun mungkin saluran ini menunjukkan betapa lemahnya iman andak dalam dalam memberi teguran... Namun inilah kemampuan yang ada. Andak juga takut dipersoalkan oleh Allah akan tanggungjawab andak pada kalian...Maafkan Andak Sayang...
Ya, kepulangan kalian hampir saban tahun dengan pelbagai cara dan gaya sikit sebanyak merobekkan hati ini. Bukan hati andak seorang... sebenarnya hati hampir keseluruhan ahli keluarga... Wan, Aki, Ayah Tam, Ayah Teh kalian. Kepulangan di Ramadhan ini juga, dengan cara yang tidak jauh beza dengan tahun-tahun lepas... jeans yang sungguh ketat dan berbaju lengan pendek walaupun masih terlekat sehelai tudung di kepala bagaikan menghiris hati kami. Hancur luluh sebenarnya. Luluh seluluhnya. Andak tahu, siapalah andak untuk mengatur duduk pemakaian kalian. Kalian sudah terlalu besar panjang, sudah dewasa... amat dewasa untuk mengatur hidup sendiri.... Maafkan andak kerana mencampuri urusan hidup kalian. Sayang... apa yang andak perkatakan tak lain hanyalah kerana rasa sayang andak dan kami sekeluarga kepada kalian. Tiada yang lain di sebaliknya... Patutkah andak menyentuh pemakaian kalian??? Terserah. Andai kalian menerima Alhamdulillah. Andai ini akan mengeruhkan keadaan andak serahkan pada Allah. Sesungguhnya Allah tuhan yang kita sama-sama sembah mengatur segala hidup kita selagi kita mengaku beriman padaNya. Dialah penentu segalaNya. Ya!!! Kita bebas... tetapi kita bebas dalam rasa kehambaan kepadanya. Buatlah apapun di maya ini selagi tidak menyalahi hukum Allah. Tunduk dan patuhlah akan apa yang telah digariskan olehNya. Patuhlah. Sesungguhnya kita berpijak dibumiNya....
Maafkan Andak Sayang...
Andak faham... sangat-sangat fahami yang kalian semua masih diusia ramaja. Dan itulah sebenarnya trend remaja kini. Remaja yang berjeans ketat, berbaju sendat sms dan bimbit setia ditangan... sesekali ke padang bermain futsal berbicara soal pasangan hidup... hidup penuh kebebasan. Andak tidak salahkan kalian. Tidak... mungkin andak juga begitu andai andak masih di usia kalian... dan itulah sebenarnya yang dimomokkan oleh pemerintah kita... Itulah keinginan meraka, membiarkan kita lalai dan leka dari Islam lantas berjauh hati denganNya.
Ya!!! semua saluran dipergunakan untuk memomokkan idea ini, sehingga kita yang bertudung seolah diangap salah.. Pandangan diserongkan persepsi diterbalikan... Lihat sahaja apa yang dihidangkan kepada kita di media massa mahupun elektronik. Kemana kita di bawa... satu persatu bermula dengan 3R, Gol dan Gincu dan kini Ilyana...Arghh!!! pasti tidak akan berakhir di situ sahaja. Tentu kalian masih ingat dengan ucapan si gadis genit tika menjulang tropinya ' mari kita perbanyakkan lagi cerita seperti ini...' hari ni racun yang ditanam berpuluh tahun dahulu telah benar-benar memakan diri kita.
Sedikit demi sedikit kita lari dari akar umbi bahasa, budaya... dan akhirnya mencabut Islam itu sendiri. Rupanya racun Yahudi dan Nasara itu telah benar-benar meresap dalam hidup kita. Benar. Kita tidak memerlukan lagi si Yahudi dan Nasara datang menyesatkan kita. Cukup... cukup dengan agen-agen mereka di kalangan kita. Cukup!!!... kita kalah dalam peperangan ini.Maafkan andak sayang...... sayang mungkin andak dah terlalu jauh menyimpang. Biarlah kita kembali kepada perbincangan asal. Andak berbangga dengan kejayaan kalian dalam hidup. Sungguh andak amat berbangga.
Kalian berjaya dalam hidup... tapi kejayaan itu dapatkah menjamin kejayaan kita ketika menemui Allah di sana nanti. Dapatkah??? Dapatkah kejayaaan, kekayaan kita untuk membeli syurga Allah di sana nanti??? Maaf kalau ini terlalu kasar bicaranya. Renung sedalamnya, jawapan ada pada kalian sayang.Ya!!! kadangkala kita lalai dan leka di pertengahan jalan. Leka yang panjang. Terlena sebentar dengan keasyikan dunia yang fantasi dan terlupa akan realiti kehidupan di sana nanti.
Kehidupan yang tidak pernah ada penghujung... kehidupan yang tidak mungkin dapat diperbandingkan oleh sesiapapun tempohnya dengan kehidupan ini. Ya!!! terlalu lama tiada berpenghujung. Andai bahagia... bahagialah milik kita abadi di sana nanti dan andai derita deritalah untuk selamanya... Sanggupkah kita???Maafkan andak sayang...... Masihkan kalian ingat pada ayat Allah ini :
وما خلقت الجن والاءنس الا ليعبدون
"Dan tidak aku jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk memperhambakan diri kepadaNya" Az Zarriyat : 56

Ya!!! kita adalah hambaNya...inilah sebenarnya tujuan asal kita dijadikan olehNya. Lupakah kita pada ayat Allah ini. Kita adalah hambaNya... yang tidak punya apa-apa hak untuk mengatakan TIDAK kepada kehendaknya... kepada perintahNya... kepada hukum hakamNya... tunduk dan patuhlah selagimana hati berkata ' aku masih seorang MUSLIM MUKMIN'...Mungkin kalian akan menunding jari pada andak???
Ya!!! andak sedar kadangkala andak sendiripun bukanlah contoh yang terbaik pada keluarga. Andak sedar itu... amat sedar, andak sedang berusaha sedaya upaya memperbaiki diri ini. Doakan untuk andak kalian ini..
Untuk akhirnya andak sekali lagi memohon ampun maaf andai warkah ini bisa menjauhkan kita... fahamilah dengan hati yang tunduk, dengan rasa cinta padaNya. Moga tittipan coretan dan luahan ini memberikan suatu sinar baru dalam hidup keluarga kita. Amin.

Isnin, 16 Mac 2009

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Nakal Lagi

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal
"Mak…..Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih…
Mak tau tak…..itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..

mak macam dah sedia…..Seminggu sebelum tu…..mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..kakak pun rasa hairan…..mak tak penah buat gitu…..
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……kengkadang siaran indonesia ...mak terus tekun menganyam…Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….pastu mak jemur karpet-karpet. ..pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari…..ada kat dalam dalam beg…..ada dalam ASB…..ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi….ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…mak cuma gelak jer…eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak…..Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…...bila malam tu kiter sampai dari KL…..mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..mak tetap takmau pi hospital…. .dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor…ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… ..mak memang degil...tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. …
Mak…..amponkan kami semua…kami nak mak sehat…kami sayang mak…kami tak mau mak sakit…kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….ampon kan kami yer mak….
Mak…..Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta….Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula…kalau tak cukup, mak kan banyak duit…mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai….mak buat kenduri kesyukuran.. ….Dan kiter masih ingat lagi…bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..Punya la kiter takut…kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak……Bila balik sahaja kampong….kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…mak tanya kenapa…?Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..
Mak….tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…mak, kiter menipu mak kan ..ampon kan kiter….Mak…..Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006Bila tiba aja kat hospital….nurse tengah balut mak dengan kain putih…..mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital….Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn
Mak tau tak….Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…Adik kat sebelah diam melayan perasann…Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…jalan di depan terasa makin kelam…..airmata dah tak mampu di tahan….Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. …sekosong hati ini…..Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ……terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….
Mak…..Kiter masih ingat lagi….Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….Anak2 mak yang pangku masa mak mandi…..Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..Dia kata…” dikk…jangan nangis….kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”Bila makcik tu kata gitu…lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….
Mak…..Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..kiter nangis ni…..Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….Takder orang yang bangun lagi…..kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…kiter rindu kat mak..!Takpa la…..nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kiter baca yassin untuk mak…mak tunggu ya..!Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .Semua anak2 mak mengelilingi mak…menatap wajah mak buat kali terakhir….Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…Mak rasa tak….masa tu kiter sentuh dahi mak….kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..Kiter tak mampu nak cium mak…kiter tak daya….kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…Airmata kiter tak boleh tahan….Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…badan akak terasa panas…makk…anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .Mak…..Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…Begitu terasa kehilangan mak…boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…Dan sampai satu tahap….masa tu malam jumaat selepas maghrib…Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…semakin kiter tenung terasa semakin sayu…tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…kiter cuba bertahan….memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…Kiter rasa nak telefon mak…nak cakap dengan mak….anak mak yang ni dah tak betul kan ..?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…Puas la kakak memujuk kiter…Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”Dan akhirnya akak juga nangis…..
Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…rasa nyilu sangat…menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..
Mak….cukup la sampai sini dulu….kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…pastu kawan kiter bgtau…simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje…Takper yer mak…kiter kasi orang lain baca…Kiter stop dulu…sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…akhir kata untuk mak,I LOVE YOU SO MUCHdan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk unibesiti..sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…boleh rasa duduk kat negara orang… sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
surat ini berjaya ‘menyentuh’ banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..