Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kepada Yang Mahu Mengetahuinya


100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap-cakap.

Ya Tuhan amiklah nyawaku bila kau rasa amalan ku melebihi dosa-dosaku. Ambil lah nyawaku dalam keadaan aku beriman dan bertakwa kepadaMu. Sesungguhnya aku takut dengan dosa dan balasanMu ya Allah..

Isnin, 2 Mac 2009

Lemahnya Diri Ini

Lemahnya Diri Ini...
Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri
Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri
Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri
Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang
Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan
Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri
Lemahnya diri ini

Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti
Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri
Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima

Atau dipaling
Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi
Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari'at

Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat
Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI